App Apple TV sekilas pandang
App Apple TV ialah tempat pertama yang anda pergi untuk mula menonton pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda. Semua rancangan TV, filem dan banyak lagi di satu tempat.
Disebabkan app Apple TV juga tersedia pada Apple TV, iPad, iPhone, Apple Vision Pro dan Mac, anda boleh memilih cara anda mahu menonton.
Nota: Bukan semua peranti menyokong transaksi pada peranti, jadi anda mungkin tidak dapat membeli, menyewa, atau melanggan saluran secara terus. Namun begitu, anda boleh mendaftar masuk dengan Apple ID anda untuk menonton item yang anda telah beli, sewa, atau langgan pada peranti lain.
Dalam app Apple TV, anda boleh:
Langgan dan tonton Apple TV+, menampilkan rancangan TV dan filem asli daripada Apple, serta Friday Night Baseball
Langgan dan tonton MLS Season Pass, yang menampilkan setiap perlawanan langsung musim biasa Major League Soccer, keseluruhan pusingan playoff dan League Cup, semuanya tanpa gangguan
Langgan terus ke saluran Apple TV seperti Paramount+, Starz dan banyak lagi
Dapatkan pengesyoran berdasarkan cita rasa dan sejarah tontonan anda
Gunakan Kedai untuk mendapatkan filem dan rancangan TV terbaik dunia bagi pembelian, sewaan, atau langganan, termasuk saluran Apple TV yang anda belum lagi melanggan
Akses keseluruhan koleksi filem dan rancangan TV anda dalam Pustaka