Laraskan seting privasi app Apple TV pada TV atau peranti ruang tamu
Anda boleh memilih untuk menggunakan sejarah main anda untuk pengesyoran diperibadikan, atau mengosongkan sejarah main anda daripada app Apple TV.
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Laraskan mana-mana seting privasi berikut.
Pilihan
Perihalan
Kosongkan Sejarah Carian
Pilih untuk mengosongkan sejarah carian anda.
Gunakan Sejarah Main
Aktifkan untuk menggunakan sejarah main anda bagi cadangan yang diperibadikan dan senarai tontonan anda.
Kosongkan Sejarah Main
Pilih untuk mengeluarkan maklumat tentang kandungan yang telah anda tonton yang diselaraskan dengan app Apple TV pada peranti lain.
Ini juga mengeluarkan rancangan TV dan filem daripada senarai Teruskan Menonton dan Senarai Tontonan anda.
Lokasi
Aktifkan untuk menggunakan lokasi setempat anda untuk menentukan perkara yang tersedia.
Kongsi Analitis App Apple TV
Aktifkan untuk menghantar data analitis app ke Apple untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya.