Urus pustaka anda
Pustaka app Apple TV mengandungi rancangan dan filem yang anda telah beli, sewa dan muat turun. Dalam pustaka, anda boleh meneroka pembelian keluarga, mengimport video rumah anda sendiri, menyembunyikan pembelian dan memadam muat turun untuk memastikan pustaka anda tersusun.
Penting: Jika anda menggunakan TV atau peranti ruang tamu, anda boleh menonton dan berkongsi pembelian keluarga, tetapi anda tidak boleh memuat turun, mengimport atau menyembunyikan pembelian dalam pustaka app Apple TV anda.
Kongsi pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda dan ahli keluarga anda boleh berkongsi pembelian dalam app Apple TV.
Nota: Anda tidak boleh mencipta kumpulan Perkongsian Keluarga terus dalam app Apple TV. Anda mesti memulakan kumpulan keluarga baharu dan menjemput orang untuk menyertai menggunakan Mac, iPhone, atau iPad. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Untuk mengakses koleksi ahli keluarga lain, pergi ke pustaka app Apple TV, pilih Perkongsian keluarga, kemudian pilih ahli keluarga.
Muat turun filem atau rancangan TV pada iPhone, iPad, Mac, Windows atau peranti Android
Anda boleh memuat turun filem atau rancangan TV untuk ditonton kemudian apabila komputer atau peranti mudah alih anda di luar talian.
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang had peranti untuk muat turun dan penstriman, lihat artikel Sokongan Apple Muat turun dan strim rancangan filem, sukan dan acara daripada langganan Apple TV dan saluran Apple TV anda.
Pergi ke app Apple TV
pada komputer atau peranti mudah alih anda.Pergi ke filem atau rancangan TV yang anda mahu muat turun.
Pilih
atau pilih
, kemudian pilih Muat Turun.
Muat turun item secara automatik pada iPhone, iPad atau Mac
Anda boleh menyediakan muat turun automatik untuk rancangan TV dan filem.
Rancangan yang boleh dimuat turun termasuk Apple TV Originals, rancangan daripada Pustaka anda dan app yang anda sedang strim secara aktif dalam Teruskan Menonton. Anda mesti disambungkan ke Wi-Fi untuk memuat turun.
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
pada iPhone atau iPad anda, ketik App, ketik TV, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik.Apabila diaktifkan, dua episod seterusnya yang anda mulakan dalam Teruskan Menonton dimuat turun secara automatik. Apabila anda selesai menonton, item dipadamkan secara automatik.
Pada Mac: Dalam app Apple TV
pada Mac anda, pilih TV > Seting, klik Umum, kemudian pilih Filem, Rancangan TV atau kedua-duanya.Apabila diaktifkan, rancangan TV dan filem yang anda tambah ke Pustaka anda dan pembelian yang anda buat pada peranti lain dimuat turun ke Mac anda secara automatik.
Padam item yang dimuat turun daripada iPhone, iPad, Mac, Windows atau peranti Android anda
Anda boleh memadamkan item yang dimuat turun daripada pustaka app Apple TV anda untuk membebaskan ruang pada komputer atau peranti mudah alih anda.
Pergi ke app Apple TV
pada komputer atau peranti mudah alih anda.Pergi ke pustaka dan lakukan mana-mana yang berikut:
Mac dan Windows: Pilih
pada item, kemudian pilih Keluarkan Muat Turun.iPhone: Ketik Dimuat Turun, leret ke kiri pada item yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.
iPad: Ketik Dimuat Turun, ketik Edit, pilih item yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.
Android: Ketik
. Ketik kotak bersebelahan item dimuat turun yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Cipta senarai main pada Mac atau Windows
Anda boleh mencipta kompilasi tersuai filem dan rancangan TV dalam pustaka anda untuk main balik dalam sebarang tertib yang anda pilih.
Pergi ke app Apple TV
pada Mac atau Windows.Lakukan salah satu daripada berikut:
Masukkan nama untuk senarai main.
Untuk menambah item ke senarai main, klik kategori di bawah Pustaka dalam bar sisi (sebagai contoh, Filem), kemudian seret item di sebelah kanan ke nama senarai main dalam bar sisi.
Edit senarai main pada Mac atau Windows
Pergi ke app Apple TV
pada Mac atau Windows.Pilih nama senarai main di bawah Senarai Main dalam bar sisi.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tukar tertib main balik item: Seret item di sebelah kanan ke dalam susunan yang anda mahu.
Keluarkan item: Pilih
di sebelah kanan item, kemudian pilih Keluarkan daripada Senarai Main.Mengeluarkan item daripada senarai main tidak mengeluarkannya daripada pustaka atau peranti storan anda.
Import video rumah daripada Mac atau Windows
Anda boleh mengimport fail video anda sendiri daripada komputer Mac atau Windows anda dan menontonnya dalam app Apple TV.
Pergi ke app Apple TV
pada Mac atau Windows.Lakukan salah satu daripada berikut:
Mac: Pilih Fail > Import. Cari fail video pada Mac anda, kemudian klik Buka.
Windows: Pilih
di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Tambah Fail Ke Pustaka atau Tambah Folder Ke Pustaka. Cari fail atau folder pada peranti Windows anda, kemudian pilih Buka.
Video yang diimport kelihatan dalam kategori Video Rumah dalam bar sisi.
Nota: Untuk mengimport fail video daripada iPhone, iPad atau iPod touch ke app Apple TV pada peranti Windows anda, lihat Pasang app Peranti Apple.
Sembunyikan pembelian pada Mac atau Windows
Anda boleh menyembunyikan filem atau rancangan TV yang dibeli dalam app Apple TV supaya ia tidak kelihatan dalam pustaka anda atau dalam Perkongsian Keluarga.
Pergi ke app Apple TV
pada komputer atau peranti mudah alih anda.Pergi ke pustaka dan cari item yang anda mahu sembunyikan.
Pilih
, kemudian pilih Padam daripada Pustaka.
Nota: Ketersediaan app Apple TV, saluran Apple TV, langganan Apple TV dan kedai mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat perkara yang tersedia di negara atau rantau anda.