Tukar seting kebolehcapaian dalam app Apple TV pada TV atau peranti ruang tamu
App Apple TV menyertakan ciri kebolehcapaian terbina dalam untuk memudahkan orang kurang upaya menikmati televisyen.
Bukan semua ciri ini tersedia pada semua TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan. Lihat panduan pengguna peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tukar seting paparan
Anda boleh menjadikan teks lebih mudah dibaca dengan memaparkan teks skrin dengan jenis tebal, menukar saiz teks atau kedua-duanya. Anda juga boleh meningkatkan kontras skrin untuk memudahkan item dilihat dalam app Apple TV.
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Kebolehcapaian > Paparan, kemudian laraskan mana-mana seting di bawah.
Pilihan
Perihalan
Teks Tebal
Aktifkan untuk menjadikan teks dalam app Apple TV lebih mudah dibaca dengan memaparkan teks pada skrin dengan muka taip huruf tebal.
Saiz Teks
Pilih untuk melaraskan gelangsar bagi saiz bacaan teks pilihan anda.
Kurangkan Kelutsinaran
Aktifkan untuk meningkatkan kontras dengan mengurangkan kelutsinaran dan kabur pada sesetengah latar belakang untuk meningkatkan kemudahbacaan.
Gaya Fokus
Pilih Kontras Tinggi untuk meningkatkan kontras warna antara warna latar depan dan latar belakang.
Tukar seting pergerakan
Anda boleh menghentikan pergerakan sesetengah elemen skrin dan animasi dalam app Apple TV, serta main auto untuk pratonton video.
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Kebolehcapaian > Pergerakan, kemudian laraskan mana-mana seting di bawah.
Pilihan
Perihalan
Kurangkan Pergerakan
Aktifkan untuk menghalang kandungan daripada dimainkan secara automatik atau diskrol secara automatik serta mengurangkan animasi dengan pergerakan yang banyak.
Main Auto Pratonton Video
Aktifkan untuk membenarkan kandungan video main auto.
Aktifkan perihalan audio
Perihalan audio menyediakan narasi boleh dengar untuk aksi pada skrin dan kandungan penting dalam filem dan rancangan TV. Jika anda mempunyai video yang menyertakan perihalan audio, app Apple TV boleh memainkannya untuk anda.
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Kebolehcapaian > Perihalan Audio.
Tukar seting sari kata dan kapsyen
Jika anda mahukan kapsyen kebolehcapaian khusus, seperti sari kata untuk pengguna pekak dan sukar mendengar (SDH), anda boleh mengesetkan app Apple TV untuk memaparkannya berbanding sari kata dan kapsyen standard. Anda juga boleh menyesuaikan rupa sari kata dan kapsyen.
Nota: Bukan semua video menyertakan kapsyen tertutup. Ciri ini mungkin dinyahdayakan pada peranti yang sudah menyertakan kapsyen tertutup terbina dalam. Lihat panduan pengguna peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Kebolehcapaian > Sari Kata dan Kapsyen, kemudian laraskan mana-mana seting di bawah.
Pilihan
Perihalan
Kapsyen Tertutup dan SDH
Aktifkan untuk menggunakan Kapsyen Tertutup (CC) atau Sari Kata untuk Orang Pekak dan Kurang Pendengaran (SDH) apabila tersedia.
Gaya
Pilih gaya sari kata daripada pilihan berikut:
Latar Belakang Lut Sinar
Teks Besar
Klasik
Rangkakan Teks
Edit Gaya
Pilih Gaya Baharu, kemudian cipta gaya baharu berdasarkan pilihan anda:
Fon, saiz dan warna
Warna dan kelegapan latar belakang
Kelegapan teks, gaya pinggir dan serlahan
Aktifkan atau nyahaktifkan kapsyen tertutup semasa main balik video
Ikut arahan dalam Akses kawalan untuk sari kata dan audio.