Navigasi app Apple TV
Terdapat dua cara untuk menavigasi app Apple TV bergantung pada peranti anda:
Pada peranti iPhone atau Android, tab menu di bahagian bawah skrin memberi anda akses cepat kepada carian, Apple TV dan banyak lagi. Jika anda tidak melihat perkara yang anda cari, anda boleh mencari, atau pilih tab dan skrol ke bawah untuk menemui lebih banyak lagi.
Pada TV atau peranti ruang tamu, iPad, Mac atau komputer Windows, bar sisi memberi anda akses mudah kepada segala-galanya yang anda mahu tonton.
Navigasi app Apple TV pada iPhone, iPad atau peranti Android
Buka app Apple TV
pada iPhone, iPad atau peranti Android anda.Ketik mana-mana item menu tersedia berikut:
iPhone: Laman Utama, Apple TV, Kedai, Pustaka atau Carian
Petua: Untuk mencari MLS, Formula 1®, Sukan dan banyak lagi, ketik Laman Utama, kemudian skrol ke bawah.
iPad: Cari, Laman Utama, Apple TV, MLS, Formula 1 (A.S. sahaja), Kedai, Saluran & App, Pustaka
Peranti Android: Apple TV, Formula 1 (A.S. sahaja), MLS, Muat Turun, Carian
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cari kandungan untuk ditonton.
Buka bar sisi pada TV atau peranti ruang tamu
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Tekan mana-mana yang berikut pada alat kawalan jauh: butang balik, butang atas atau butang kiri.
Nota: Jika sebelum ini anda telah menavigasi ke kanan, anda mungkin perlu menekan berbilang kali.

Strim For All Mankind pada app Apple TV dengan langganan Untuk menutup bar sisi, tekan butang kanan pada alat kawalan jauh, atau pilih kategori.
Tukar profil dalam bar sisi pada TV atau peranti ruang tamu
Anda boleh bertukar antara profil dengan cepat dalam bar sisi supaya setiap orang dalam isi rumah mendapat senarai tontonan, koleksi video dan pengesyoran unik mereka sendiri.
Pergi ke app Apple TV
pada TV atau peranti ruang tamu anda.Buka bar sisi, kemudian pilih profil di bahagian atas bar sisi.
Dalam bar sisi, pilih pengguna atau pilih Tambah Pengguna dan ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda bertukar kepada profil lain, pengguna sebelumnya didaftar keluar dan app menyegar semula dengan senarai tontonan, koleksi video dan pengesyoran yang unik kepada pengguna baharu.