Kawalan akses untuk sari kata dan audio
Aktifkan sari kata atau kapsyen tertutup
Anda boleh mengaktifkan sari kata atau kapsyen tertutup (jika tersedia) dalam app Apple TV.
Semasa main balik dalam app Apple TV, tunjukkan kawalan main balik.
Pilih
, kemudian pilih pilihan sari kata daripada senarai.Petua: Untuk menukar cara sari kata dipaparkan, pilih Gaya, kemudian pilih gaya yang anda mahu, atau pilih Urus Gaya untuk menyesuaikan sari kata dan kapsyen anda.
Nyahaktifkan sari kata
Semasa main balik dalam app Apple TV, tunjukkan kawalan main balik.
Pilih
, kemudian pilih Tak Aktif.
Aktifkan sari kata buat sementara apabila anda terlepas dialog
Apabila anda melangkau ke belakang semasa main balik, sari kata diaktifkan selama 10–30 saat supaya anda boleh mengikuti dialog yang anda mungkin terlepas.
Semasa main balik dalam app Apple TV, lakukan salah satu daripada yang berikut:
TV atau peranti ruang tamu: Tekan kiri pada alat kawalan jauh untuk setiap peningkatan 10 saat, sehingga tiga kali selama 30 saat.
iPhone, iPad atau peranti Android: Ketik skrin, kemudian ketik
untuk setiap peningkatan 10 saat, sehingga tiga kali untuk 30 saat.Komputer Mac atau Windows: Gerakkan penuding ke atas video, kemudian ketik
untuk setiap peningkatan 10 saat, sehingga tiga kali selama 30 saat.
Aktifkan sari kata apabila audio disenyapkan
Semasa main balik dalam app Apple TV, lakukan salah satu daripada yang berikut:
TV atau peranti ruang tamu: Tekan butang Senyap pada alat kawalan jauh.
iPhone, iPad atau peranti Android: Ketik skrin, kemudian ketik
untuk setiap peningkatan 10 saat, sehingga tiga kali untuk 30 saat.Komputer Mac atau Windows: Gerakkan penuding ke atas video, kemudian seret gelangsar kelantangan atas skrin ke bawah sepenuhnya, atau tekan butang senyap pada papan kekunci anda.
Tukar pilihan audio
Semasa main balik dalam app Apple TV, tunjukkan kawalan main balik.
Lakukan salah satu daripada berikut:
TV, peranti ruang tamu, peranti Android, Mac atau komputer Windows: Pilih
, kemudian pilih pilihan berbeza seperti bahasa berbeza atau trek dengan penerangan audio (AD).iPhone atau iPad: Ketik
, ketik Tingkatkan Dialog, kemudian pilih Tingkatkan Lagi untuk menjadikan dialog sangat menonjol dalam campuran, Tingkatkan untuk menjadikan dialog lebih menonjol dalam campuran atau Tak Aktif untuk menyahaktifkan Tingkatkan Dialog.