Aktifkan tontonan Gambar dalam Gambar
Pada iPhone, iPad, peranti Android, Mac atau komputer Windows, anda boleh terus menonton filem dan rancangan TV Apple TV dalam pemapar kecil yang berjalan di latar hadapan semasa anda melakukan tugas lain.
Aktifkan Gambar dalam Gambar
Semasa main balik dalam app Apple TV, lakukan salah satu daripada yang berikut untuk menunjukkan kawalan main balik atas skrin:
iPhone, iPad, atau peranti Android: Ketik skrin.
Mac atau komputer Windows: Gerakkan penuding anda ke atas video.
Pilih
dalam pemapar.Pemapar diruntuhkan menjadi pemapar kecil. Apabila anda mengetik atau mengkliknya, kawalan kelihatan untuk Main, Jeda dan langkau ke belakang atau ke hadapan 10 saat.
Untuk mengalihkannya atau mensaiz semula, seret pemapar ke sudut lain skrin anda. Pada komputer, anda juga boleh menyeret mana-mana pinggir pemapar untuk mensaiz semula.
Untuk memaparkan pemapar lebih kecil ke skrin penuh, lakukan salah satu daripada yang berikut:
iPhone atau iPad: Ketik pemapar, kemudian ketik
.Peranti Android: Ketik pemapar, kemudian ketik
.Komputer: Gerakkan penuding ke atas pemapar, kemudian klik
.
Untuk menutup pemapar, ketik atau klik
.