Dapatkan app Apple TV dan daftar masuk
Anda boleh menggunakan app Apple TV pada mana-mana yang berikut:
iPhone, iPad atau Mac
Peranti Android atau Windows
Perkhidmatan kabel atau satelit anda
Pelayar web
Untuk mula menonton, pasang app dan daftar masuk dengan Akaun Apple anda.
Nota: Sesetengah TV dan peranti penstriman tidak menyokong pembelian dalam app Apple TV. Gunakan Akaun Apple anda untuk membeli, menyewa atau melanggan dalam app Apple TV pada peranti Apple atau peranti penstriman disokong lain, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada TV atau peranti penstriman anda untuk menonton.
Daftar masuk ke app Apple TV pada peranti Apple
Pergi ke app Apple TV pada peranti anda dan lakukan yang berikut:
iPhone atau iPad: Dari skrin Laman Utama, ketik
, kemudian ikut arahan atas skrin.Mac: Klik Akaun Apple di penjuru kiri bawah, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Kemas kini perisian pada peranti anda untuk mendapatkan ciri app Apple TV terkini.
Untuk Apple TV 4K, lihat Panduan Pengguna Apple TV 4K.
Untuk Apple Vision Pro, lihat Panduan Pengguna Apple Vision Pro.
Dapatkan app Apple TV pada peranti bukan Apple
Pastikan peranti anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
TV atau peranti penstriman: Dari skrin utama, pergi ke Carian.
Peranti Windows: Pergi ke Microsoft Store.
Peranti Android: Pergi ke Play Store.
Cari Apple TV.
Ikut arahan atas skrin untuk memuat turun dan memasang app Apple TV.
Pilih app Apple TV untuk membukanya, kemudian daftar masuk dengsn Akaun Apple anda jika digesa.
Dapatkan app Apple TV pada perkhidmatan kabel atau satelit anda
Anda boleh mencari Apple TV sebagai app pada penerima daripada penyedia kabel atau satelit anda.
Nota: App Apple TV pada perkhidmatan kabel dan satelit terhad kepada filem dan rancangan TV Apple TV, Major League Soccer (MLS) dan di sesetengah negara atau rantau, Formula 1®, Friday Night Baseball atau kedua-duanya. Ia tidak termasuk saluran Apple TV atau ciri lain yang ditemui dalam app Apple TV pada peranti Apple, peranti penstriman dan TV pintar.
Tonton dalam pelayar web
Pergi ke tv.apple.com/my untuk melanggan dan menonton Apple TV dalam pelayar web.
Jika anda telah mempunyai Akaun Apple, anda boleh mendaftar masuk ke langganan sedia ada. Anda mungkin diminta untuk menambah atau mengesahkan kad kredit untuk memastikan pemegang akaun mempunyai paparan yang dibenarkan pada web. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Kawalan ibu bapa untuk Apple TV di web.
Nota: Jika anda mengalami kesukaran dengan fungsi main auto semasa menonton Apple TV dalam pelayar web, cuba nyahaktifkan sebarang sambungan atau app penyekat iklan yang anda pasang.
Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di halaman web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat halaman web FAQ Akaun Apple.