Tonton Formula 1 dalam app Apple TV
Skrin Formula 1 (F1) dalam app Apple TV memberi anda akses kepada acara Formula 1® apabila anda melanggan Apple TV (A.S. sahaja).
Anda boleh menambah acara akan datang ke senarai tontonan anda dan menonton main semula penuh atau padat acara lalu mengikut permintaan. Tonton rancangan pra-acara dan pasca-acara pada bila-bila masa. Semasa acara langsung dan lalu* pilih daripada berbilang suapan video, termasuk 22 kamera pemandu, data langsung, penjejak pemandu dan banyak lagi.

Nota: Sesetengah acara Formula 1 mungkin tersedia untuk ditonton disebabkan promosi, tetapi akses penuh kepada semua acara, rancangan dan ciri memerlukan langganan Apple TV.
Tonton Formula 1
Pergi ke app Apple TV
pada peranti anda.Lakukan satu daripada berikut:
TV atau peranti ruang tamu: Buka bar sisi, kemudian pilih Formula 1.
iPhone atau peranti Android: Ketik Laman Utama, kemudian skrol ke bawah untuk melihat kandungan Formula 1.
iPad, Mac, atau komputer Windows: Pilih Formula 1 dalam bar sisi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Terokai acara yang ditampilkan: Lihat perlawanan pilihan di bahagian atas skrin F1 dengan memilih
untuk maju menerusi item, atau dengan meleret ke kiri atau kanan pada iPhone, iPad atau peranti Android.Pilih
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang acara atau pilih
untuk menambahnya ke senarai tontonan anda.Layari acara dan program tersedia serta banyak lagi: Navigasi ke bawah ke baris kategori, kemudian navigasi ke kiri atau kanan untuk melihat pilihan yang tersedia.
Petua: Apabila melayari baris, pilih tajuknya untuk melihat semua item dalam kategori tersebut atau melihat maklumat lanjut tentang koleksi.
Pilih strim langsung untuk menonton: Apabila acara bersiaran secara langsung, navigasi ke bawah, pilih perlumbaan, kemudian pilih pilihan tontonan.
Tonton main semula acara lalu: Navigasi ke bawah ke Perlumbaan Lalu F1, pilih perlumbaan, kemudian pilih pilihan main semula.
Ikuti Formula 1: Pilih Ikut F1. Lihat Ikuti pasukan sukan dan skor dalam app Apple TV pada TV atau peranti ruang tamu.
Nota: Apabila anda mengikuti Formula 1, acara langsung kelihatan secara automatik dalam baris Teruskan Menonton.
Untuk mula menonton, pilih acara; atau, jika anda belum melanggan Apple TV, ikuti arahan atas skrin untuk melanggan.
Jika acara sedang berlangsung, ia dimainkan secara automatik sebagai pratonton dalam skrin F1. Pilih Siaran Langsung atau tekan dan tahan butang pilih pada alat kawalan jauh (atau ketik dan tahan pada iPhone, iPad atau peranti Android), kemudian pilih pilihan untuk Siaran Langsung, Mula Semula atau pilih bahasa ulasan berbeza. Semua acara tersedia dengan ulasan Bahasa Inggeris dan Sepanyol.
Untuk acara lalu, anda boleh memilih Main Semula Penuh sebaik sahaja perlumbaan langsung tamat, atau Perlumbaan dalam 30 untuk menonton versi yang dipadatkan apabila ia tersedia (biasanya dalam beberapa jam selepas perlumbaan tamat).
Semasa menonton acara langsung, tunjukkan kawalan main balik, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Dapatkan maklumat lanjut tentang acara: Pilih Info.
Pilih strim F1: Pilih Suapan, kemudian pilih pilihan. *
Layari sukan langsung lain: Pilih Sukan Langsung.
Pergi terus ke senarai tontonan anda: Pilih Teruskan Menonton.
Nota: Untuk menyahaktifkan skor langsung, lihat Ikuti pasukan sukan dan skor dalam app Apple TV pada TV atau peranti ruang tamu.
Tukar pilihan audio semasa acara
Semasa anda menonton acara F1®, lakukan salah satu yang berikut untuk menunjukkan kawalan main balik atas skrin:
TV atau peranti ruang tamu: Tekan butang atas atau tengah pada alat kawalan jauh, kemudian pilih
.iPhone, iPad, atau peranti Android: Ketik skrin, kemudian ketik
.Mac atau komputer Windows: Gerakkan penuding ke atas video, kemudian pilih
.
Pilih satu pilihan:
Kurangkan Bunyi Kuat: Kurangkan paras bunyi secara keseluruhan dengan mengurangkan julat dinamik supaya muzik lantang dan kesan bunyi tidak sekuat bunyi lain.
Trek Audio: Pilih bahasa siaran yang berbeza.