Reset app Apple TV
Jika anda mengalami masalah dan app Apple TV masih tidak membalas selepas dimulakan semula, cuba reset app Apple TV. Apabila anda mereset app Apple TV, semua data dipadamkan, termasuk akaun dan konfigurasi anda.
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Reset, kemudian pilih Reset.
Mereset app Apple TV akan memulihkannya ke seting asal dan mengeluarkan maklumat peribadi, rancangan TV dan filem anda daripada TV pintar.