Sediakan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV
Perkongsian Keluarga membolehkan anda berkongsi keistimewaan menonton dengan sehingga enam ahli keluarga. Seorang dewasa dalam rumah anda—pengelola keluarga—menjemput ahli keluarga untuk menyertai kumpulan keluarga dan bersetuju untuk membayar sebarang pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga.
Aktifkan Perkongsian Keluarga
Anda tidak boleh mengaktifkan Perkongsian Keluarga secara terus dalam app Apple TV. Anda mesti menyediakan Perkongsian Keluarga pada peranti Mac, iOS, atau iPadOS.
Untuk mengaktifkan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV , ikut langkah dalam artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Tambah akaun Apple ID tambahan
Anda boleh menambah berbilang akaun Apple ID ke app Apple TV. Selepas anda berbuat demikian, anda boleh bertukar antara akaun dengan cepat.
Dalam app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman atau konsol permainan anda, buka bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih profil pengguna di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Tambah Pengguna Baharu.
Pilih Seting, pilih Akaun, kemudian pilih Tambah Akaun Baharu.
Ikut arahan atas skrin untuk melakukan salah satu daripada berikut:
Daftar masuk menggunakan peranti mudah alih yang didayakan internet yang menyokong pengimbasan QR: Gunakan kamera anda untuk mengimbas kod QR yang kelihatan atas skrin, kemudian ikut arahan pada peranti anda untuk mendaftar masuk.
Daftar masuk secara manual: Pilih “Daftar masuk secara manual”, kemudian ikut arahan atas skrin untuk memasukkan Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang bertukar ke akaun lain dalam app Apple TV, lihat Akses koleksi ahli keluarga lain.