Cari dalam app Apple TV

Skrin Cari dalam app Apple TV membenarkan anda mencari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Nota: Bukan semua peranti menyokong transaksi pada peranti, jadi anda mungkin tidak dapat membeli, menyewa, atau melanggan rancangan atau saluran secara terus. Namun begitu, anda boleh mendaftar masuk dengan Apple ID anda untuk menonton item yang anda telah beli, sewa, atau langgan pada peranti lain.
Cari item dalam app Apple TV
Buka app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Navigasi ke Cari, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Layari item yang kelihatan dalam kategori sohor kini.
Masukkan istilah carian dalam medan carian.
Pilih item untuk melihat penilaian, perihalan, maklumat pembelian atau sewaan.