Langgan Apple TV pada perkhidmatan kabel atau satelit anda
Anda boleh melanggan Apple TV terus daripada app.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Apple TV dan Peacock juga tersedia sebagai langganan dipakejkan di Amerika Syarikat.
Langgan Apple TV
Apple TV ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan siri asli popular, filem, dokumentari, Major League Soccer (MLS), acara berganda Friday Night Baseball, Formula 1 di A.S. dan banyak lagi.
Pergi ke app Apple TV
pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Apple TV.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Akaun Apple, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Batalkan langganan anda
Pergi ke app Apple TV
pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Akaun > Urus Langganan dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV dengan Perkongsian Keluarga
Apabila anda melanggan Apple TV atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Kumpulan keluarga tidak perlu berbuat apa-apa—Apple TV tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Apple TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan seterusnya, sebaliknya anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV.
Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.
Nota: Apple TV dan Apple One tidak tersedia pada semua peranti, atau di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.