Pustaka dalam app Apple TV
Skrin Pustaka dalam app Apple TV termasuk pembelian dan sewaan anda, diatur mengikut kategori.
Nota: Bukan semua peranti menyokong transaksi pada peranti, jadi anda mungkin tidak dapat membeli, menyewa, atau melanggan rancangan atau saluran secara terus. Namun begitu, anda boleh mendaftar masuk dengan Apple ID anda untuk menonton item yang anda telah beli, sewa, atau langgan pada peranti lain.
Layari Pustaka anda dalam app Apple TV
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman atau konsol permainan anda, kemudian Pustaka.
Layari item, atau pilih kategori atau genre untuk menapis item.
Mainkan filem atau rancangan TV
Apabila anda menemui kandungan yang anda mahu tonton dalam skrin Pustaka app Apple TV , pilih item, kemudian pilih Main.
Akses koleksi ahli keluarga lain
Jika anda telah menyediakan Perkongsian Keluarga dengan akaun Apple ID anda, pembelian ahli keluarga lain anda muncul dalam Pustaka. Anda boleh bertukar ke koleksi orang lain dengan mudah.
Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV.
Dalam skrin Pustaka app Apple TV , navigasi ke Perkongsian Keluarga, kemudian pilih ahli keluarga.