Laman Utama dalam app Apple TV
Skrin Laman Utama dalam app Apple TV ialah tempat untuk mula menonton filem, rancangan TV, Friday Night Baseball dan perlawanan Major League Soccer apabila anda melanggan MLS Season Pass (bukan semua kandungan tersedia di semua negara atau rantau). Cari kandungan yang anda mahu tonton, tambah item ke senarai Seterusnya anda, atau hanya mula menonton.
Nota: Bukan semua peranti menyokong transaksi pada peranti, jadi anda mungkin tidak dapat membeli, menyewa, atau melanggan rancangan atau saluran secara terus. Namun begitu, anda boleh mendaftar masuk dengan Apple ID anda untuk menonton item yang anda telah beli, sewa, atau langgan pada peranti lain.
Layari kandungan
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman atau konsol permainan anda, kemudian pilih Laman Utama.
Baris Seterusnya memaparkan kandungan yang anda telah tambah ke Seterusnya, termasuk kandungan yang anda telah mula tonton tetapi belum dihabiskan.
Skrol ke bawah untuk melihat rancangan TV, filem dan peristiwa yang disyorkan—termasuk koleksi yang dipilih sendiri oleh pakar, serta kategori berdedikasi berdasarkan sejarah tontonan anda.
Acara sukan yang sedang berlangsung memaparkan skor langsung (untuk mengurus pemberitahuan sukan, lihat Laraskan seting privasi app Apple TV).
Pilih item untuk melihat penilaian, perihalan, saluran tersedia dan maklumat pembelian atau sewaan bagi item berkaitan.
Layari saluran
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada app Apple TV, kemudian pilih Laman Utama.
Dalam skrin Laman Utama, navigasi ke bawah ke baris saluran, kemudian navigasi ke kanan untuk melayari mana-mana yang berikut:
Saluran: Akses secara terus semua saluran yang anda telah langgan. Saluran ini juga kelihatan dalam bar sisi.
Lebih untuk Diteroka: Cari saluran baharu untuk dilanggan.
Pilih item untuk membukanya.
Mainkan filem, rancangan TV atau peristiwa sukan
Apabila anda menemui perkara yang anda mahu tonton dalam app Apple TV , pilihnya, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan item: Pilih Main. (Butang Main tersedia untuk kandungan percuma, kandungan yang anda telah beli, atau kandungan pada saluran Apple TV yang anda langgan.)
Langgan Apple TV+: Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Langgan saluran Apple TV: Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Beli atau sewa filem: Pilih Beli, atau Sewa, kemudian pilih pilihan yang anda mahukan dan sahkan pembelian atau sewaan anda. Untuk mendapatkan butiran, lihat Pilih filem atau rancangan TV untuk ditonton.
Beli episod atau musim rancangan TV: Pilih Beli, kemudian pilih pilihan yang anda mahukan dan sahkan pembelian anda. Untuk mendapatkan butiran, lihat Pilih filem atau rancangan TV untuk ditonton.
Tonton peristiwa sukan yang ditandakan langsung: Pilih Tonton untuk pergi terus ke peristiwa atau tambah ke Seterusnya untuk menambahnya ke baris Seterusnya untuk menonton kemudian. Apabila peristiwa selesai, ia tidak lagi kelihatan dalam Seterusnya.
Dengar radio tempatan secara langsung semasa perlawanan MLS atau perlawanan Friday Night Baseball
Semasa main balik, tekan butang tengah atau main pada alat kawalan jauh TV pintar atau peranti untuk menunjukkan kawalan main balik.
Pilih butang Pilihan Audio , kemudian pilih pilihan trek audio daripada menu timbul:
TV: Mainkan ulasan audio daripada siaran TV.
Radio Tempatan [pasukan lawan, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan lawan semasa menonton perlawanan (pilihan ini hanya tersedia untuk perlawanan Friday Night Baseball).
Radio Tempatan [pasukan tuan rumah, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan tuan rumah semasa menonton perlawanan atau permainan.
Lihat perkara seterusnya
Baris Seterusnya memaparkan kandungan yang anda telah tonton atau merancang untuk tonton.
Dalam skrin Laman Utama app Apple TV , navigasi ke baris Seterusnya, kemudian navigasi ke kiri atau ke kanan untuk melihat rancangan yang anda tonton baru-baru ini atau ditambah ke Seterusnya.
Rancangan dan filem kelihatan dalam tertib yang anda paling berkemungkinan menontonnya. Sebagai contoh, apabila episod TV selesai, episod seterusnya kelihatan dalam Seterusnya secara automatik. Serta, jika anda telah mengikuti rancangan, apabila episod baharu tersedia, ia kelihatan serta-merta di permulaan baris Seterusnya.
Jika anda mempunyai Mac, iPhone, atau iPad dan didaftar masuk dengan Apple ID yang sama anda gunakan untuk app Apple TV, kemajuan tontonan dan pilihan episod anda kekal diselaraskan dalam app Apple TV pada peranti tersebut. Sebagai contoh, anda boleh mula menonton rancangan pada app Apple TV anda dan selesaikan menontonnya pada iPad, atau sebaliknya.
Tambahkan filem atau rancangan TV ke Seterusnya
Dalam app Apple TV , pilih item untuk melihat penilaian, perihalan, saluran tersedia dan maklumat pembelian atau sewaan item.
Pilih Tambah ke Seterusnya.
Butang Tambah ke Seterusnya berubah kepada Dalam Seterusnya, menandakan yang item telah ditambah.
Keluarkan item daripada Seterusnya
Dalam app Apple TV , lakukan salah satu daripada berikut:
Navigasi ke item dalam baris Seterusnya, tekan dan tahan butang tengah alat kawalan jauh TV pintar atau peranti, kemudian pilih Keluarkan daripada Seterusnya.
Jika anda melihat halaman untuk item yang anda telah tambahkan ke Seterusnya tetapi belum mula menonton, pilih Dalam Seterusnya.
Mula menonton daripada Seterusnya
Dalam skrin Laman Utama app Apple TV , serlahkan item dalam baris Seterusnya, kemudian tekan butang tengah atau main pada alat kawalan jauh TV pintar atau peranti.
Jika item tidak tersedia untuk dimainkan serta-merta, ikut arahan atas skrin.
Tekan butang balik pada alat kawalan jauh TV pintar atau peranti untuk melihat kawalan main balik.
Tekan butang balik lagi untuk kembali ke Laman Utama.