Gunakan bar sisi untuk menavigasi app Apple TV+
Bar sisi dalam app Apple TV+ memberikan anda akses mudah kepada semuanya yang anda mahu tonton dalam kategori Apple TV+ dan MLS.
Buka bar sisi
Pergi ke app Apple TV+ pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.
Tekan mana-mana yang berikut pada alat kawalan jauh kabel atau satelit: butang balik, butang atas, atau butang kiri.
Nota: Jika sebelum ini anda telah menavigasi ke kanan, anda mungkin perlu menekan berbilang kali.
Untuk menutup bar sisi, tekan butang kanan pada alat kawalan jauh TV pintar atau peranti, atau pilih kategori.
Dengan bar sisi dibuka, anda boleh menavigasi ke Cari, Laman Utama, Apple TV+, atau MLS.
Pergi ke profil pengguna anda
Anda boleh pergi terus ke profil pengguna anda daripada bar sisi.
Pergi ke app Apple TV+ pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih profil pengguna di bahagian atas bar sisi.
Pilih akaun anda dalam Seting.