Kawal main auto untuk video dan bunyi dalam app Apple TV
Anda boleh memilih sama ada untuk memulakan episod seterusnya atau memainkan kandungan disyorkan secara automatik dalam app Apple TV. Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan bunyi untuk video latar belakang, pratonton, atau treler yang main auto di mana-mana dalam app Apple TV.
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, konsol permainan, perkhidmatan kabel atau satelit anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan episod seterusnya secara automatik: Aktifkan atau nyahaktifkan Main Episod Seterusnya.
Mainkan kandungan disyorkan secara automatik selepas menonton siri, filem atau acara sukan: Aktifkan atau nyahaktifkan Mainkan Pengesyoran.
Aktifkan atau nyahaktifkan bunyi untuk video yang main auto: Aktifkan atau nyahaktifkan Main Auto Bunyi Video.