Tukar format video lalai dalam app Apple TV
Jika anda mempunyai sambungan internet perlahan atau mahu menggunakan kurang data, anda boleh memilih untuk mengehadkan semua pembelian dan sewaan atau main balik kepada format definisi standard (SD) dalam app Apple TV. Jika anda mahu video definisi tinggi (HD) yang berkualiti lebih tinggi, nyahaktifkan seting ini.
Hadkan pembelian dan sewaan ke SD
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Aktifkan Hadkan Pembelian dan Sewaan kepada SD.
Hadkan main balik kepada SD
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Aktifkan Hadkan Main Balik kepada SD.