Laraskan seting app Apple TV pada penerima kabel atau satelit anda
Anda boleh mengakses maklumat akaun dan melaraskan seting untuk bahasa, melihat, kebolehcapaian dan pilihan privasi dalam app Apple TV
.
Akses akaun anda
Pergi ke app Apple TV
pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.Buka bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Akaun.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Urus langganan anda: Lihat Batalkan langganan anda.
Aktifkan dan setkan kawalan ibu bapa: Lihat Hadkan akses ke kandungan dalam app Apple TV pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.
Laraskan seting untuk app Apple TV
Pergi ke app Apple TV
pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar paparan, audio, atau bahasa sari kata: Lihat Tukar bahasa untuk paparan, audio dan sari kata dalam app Apple TV.
Pilih sama ada untuk memulakan episod atau treler seterusnya secara automatik: Lihat Kawal main auto untuk video dalam app Apple TV.
Tukar ciri kebolehcapaian: Pilih Kebolehcapaian. Lihat Ciri kebolehcapaian dalam app Apple TV.
Tukar format video: Lihat Tukar format video lalai dalam app Apple TV.
Tukar Paparan Teruskan Menonton anda: Lihat Pilih seni yang anda mahu lihat dalam baris Teruskan Menonton dan Senarai Tontonan dalam app Apple TV.
Reset app Apple TV: Pilih Reset. Lihat Reset app Apple TV.
Selesaikan masalah bermain video: Lihat Selesaikan masalah sambungan video anda dalam app Apple TV.
Laraskan seting privasi: Lihat Laraskan seting privasi app Apple TV.