Kenal pasti lagu pada Mac
Gunakan Pengecaman Muzik Shazam dalam Pusat Kawalan, Siri atau app Shazam untuk macOS, anda boleh mengenal pasti lagu pada Mac anda. Anda juga boleh mengaktifkan Shazam Auto.

Untuk memastikan Mac anda disediakan dengan betul untuk mendapatkan pengalaman Shazam yang terbaik, lihat Sebelum anda menggunakan app Shazam.
Kenal pasti lagu dengan Pusat Kawalan pada Mac
Untuk menyimpan lagu anda ke app Shazam, pastikan seting iCloud dan app Shazam anda dikonfigurasi dengan betul.
Pada Mac, tambahkan Pengecaman Muzik Shazam ke Pusat Kawalan.
Dengan muzik dimainkan di sekeliling anda (atau menerusi speaker Mac), klik
dalam bar menu, klik Cam Muzik, kemudian klik Cam Muzik lagi.Nota: Jika app Shazam dipasang pada Mac anda, ikon Shazam kedua kelihatan buat sementara waktu dalam bar menu sementara Pengecaman Muzik Shazam sedang mengenal pasti lagu.
Lagu yang dikenal pasti kelihatan dalam senarai Cam Muzik dalam Pusat Kawalan dan disimpan ke app Shazam. Pemberitahuan juga kelihatan pada desktop.
Secara pilihan, lakukan mana-mana daripada berikut dalam senarai Cam Muzik:
Buka lagu di shazam.com: Klik nama lagu.
Buka lagu dalam Apple Music: Gerakkan penuding ke atas lagu, kemudian klik
.Padam lagu dikenal pasti: Gerakkan penuding ke atas lagu, klik
, kemudian klik Padam Lagu.
Kenal pasti lagu dengan Siri pada Mac
Pada Mac, anda juga boleh mengenal pasti lagu menggunakan Siri.
Untuk menyimpan lagu anda ke app Shazam, pastikan seting iCloud dan app Shazam anda dikonfigurasi dengan betul pada peranti iOS atau iPad anda.
Pastikan anda telah menyediakan Siri.
Dengan muzik dimainkan di sekeliling anda, lakukan salah satu yang berikut:
Tanya Siri sesuatu seperti “Apakah yang sedang dimainkan?” atau “Lagu apakah ini?”
Klik butang Siri
(atau butang Apple Intelligence & Siri
) dalam bar menu, kemudian tanya Siri sesuatu seperti “Apakah yang sedang dimainkan?” atau “Lagu apakah ini?”Bergantung pada seting anda, Siri mengumumkan dan memaparkan lagu dikenal pasti dan lagu disimpan ke Pustaka dalam app Shazam.
Kenal pasti lagu dengan app Shazam pada Mac
Jika anda belum melakukannya, pasang app Shazam
pada Mac anda.Ikon Shazam ditambah ke bar menu komputer Mac anda.
Dengan muzik dimainkan di sekeliling anda (atau menerusi speaker Mac), klik ikon Shazam
dalam bar menu, kemudian klik
.Lagu dikenal pasti dan ditambah ke senarai lagu dikenal pasti di bawah ikon bar menu.
Nota: Lagu yang dikenal pasti menggunakan app Shazam pada Mac tidak disimpan ke app Shazam.
Untuk membuka lagu dalam Apple Music, klik
.Secara pilihan, klik ikon Shazam
dalam bar menu, klik
bersebelahan nama lagu, kemudian pilih item daripada menu pintasan:Lihat di shazam.com: Membuka skrin trek dalam Shazam di web, yang anda boleh bersambung ke Apple Music untuk memainkan keseluruhan lagu, menonton video muzik, melihat lirik, melihat maklumat konsert akan datang dan sebagainya. Lihat Temui konsert dengan app Shazam.
Dengar di Apple Music: Membuka lagu atau album dalam app Apple Music. (Untuk mendengar lagu penuh, anda mestilah melanggan Apple Music. Lihat artikel Sokongan Apple Langgan Apple Music.)
Padam: Mengeluarkan lagu daripada senarai lagu dikenal pasti anda.
Petua: Untuk mengaktifkan Shazam Auto, dwiklik butang Shazam
di bahagian atas senarai lagu dikenal pasti. Untuk menyahaktifkan Shazam Auto, klik
lagi.
Ubah suai seting app Shazam pada Mac
Anda boleh mengubah suai seting app Shazam untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pengecaman lagu satu klik, mencipta pintasan papan kekunci untuk mula mengenal pasti lagu, menukar input bunyi dan banyak lagi.
Dengan app Shazam
dibuka pada Mac, klik ikon Shazam
dalam bar menu, klik
, pilih Keutamaan, kemudian pilih seting anda.Jika “Satu klik Menshazam” diaktifkan dalam seting app Shazam, klik
di bahagian atas tetingkap untuk memaparkan butang Seting
.