Sebelum anda menggunakan Shazam
Untuk memastikan pengalaman Shazam yang terbaik, lakukan yang berikut:
Dapatkan app Shazam untuk semua peranti anda, atau jika anda telah memuat turun app Shazam, pastikan app dikemas kini ke versi terkini.
Pada peranti Apple: Daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada semua peranti anda dan pastikan seting iCloud dan app Shazam anda dikonfigurasi dengan betul supaya lagu yang anda kenal pasti menggunakan Pusat Kawalan, Siri, atau Pintasan diselaraskan ke app Shazam.
Pada peranti Android: Daftar masuk dengan akaun e-mel atau Google anda dan dapatkan app Apple Music untuk Android.
Jika anda masih belum menjadi pelanggan, sertai Apple Music untuk mendengar lagu secara penuh dalam app Shazam, Apple Music dan Apple Music Classiclal, serta untuk menambah lagu dikenal pasti anda ke senarai main Apple Music.
Jika anda ialah peminat muzik klasik, dapatkan app Apple Music Classical untuk membuka lagu dikenal pasti dalam Apple Music Classical dengan cepat.
Nota: Ketersediaan App Store, langganan dan perkhidmatan berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Kini anda telah dikemas kini, ini masanya untuk mula meneroka muzik!