Kenal pasti lagu menggunakan app Shazam pada fon kepala atau fon telinga pada iPhone atau iPad
Gunakan Shazam untuk mengenal pasti muzik apabila anda memakai fon kepala atau fon telinga yang dipasangkan dengan iPhone atau iPad anda (atau disambungkan kepadanya dengan kabel). Shazam boleh mengenal pasti bukan sahaja muzik yang anda dengar pada fon kepala atau fon telinga, tetapi juga muzik yang dimainkan di sekeliling anda.

Untuk memastikan pengalaman terbaik, pastikan app Shazam mempunyai akses ke mikrofon peranti anda.
Nota: Shazam tidak boleh mengenal pasti lagu melalui fon kepala atau fon telinga apabila anda tidak disambungkan ke internet.
Kenal pasti lagu semasa menggunakan fon kepala dengan iPhone atau iPad
Pastikan fon kepala atau fon telinga anda disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu yang berikut:
Pergi ke app Shazam
skrin utama, kemudian ketik butang Shazam
.
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik
.
Jika muzik dimainkan daripada berbilang sumber selain daripada fon kepala anda (contohnya, daripada komputer anda atau TV berdekatan), Shazam mengenal pasti mana-mana lagu yang ia padankan dahulu.