Lihat lagu popular dan artis atau senarai main disyorkan
Ingin tahu tentang muzik baharu atau tentang lagu yang penggemar muzik lain mengenal pasti dalam app Shazam? App Shazam membolehkan anda melihat dan mendengar lagu paling banyak dikenal pasti di seluruh dunia dan lagu paling selalu dimainkan di radio. Teknologi pengecaman muzik dalam Shazam menjejak sehingga satu juta jam muzik setiap hari, disiarkan pada lebih daripada 40,000 stesen di seluruh dunia.
App Shazam juga mencadangkan artis dan senarai main lain berdasarkan pengenalpastian lagu anda.
Lihat lagu popular
Pergi ke app Shazam
, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:Pada iPhone atau iPad: Ketik
di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Carta Shazam atau Radio Spins.Pada peranti Android: Ketik
, kemudian ketik carta.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih negara atau rantau lain: Ketik menu negara atau rantau di bahagian atas skrin, kemudian pilih pilihan.
Pilih bandar lain: Ketik Cities (jika tersedia), kemudian pilih lokasi.
Pilih genre muzik tertentu: Ketik Genres di bahagian atas skrin, kemudian pilih kategori.
Lihat lagu paling cepat naik minggu ini: Ketik Viral.
Lihat artis dan lagu popular yang disyorkan: Ketik Discovery (iPhone dan iPad sahaja).
Untuk mendengar lagu (atau pradengar lagu pada peranti Android), ketik butang Main
untuknya.
Petua: Senarai main radio global juga tersedia dalam app Apple Music.
Dengar muzik yang disyorkan
Pergi ke app Shazam
.Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Pustaka
di bahagian bawah skrin, ketik lagu, skrol ke bawah ke Anda Juga Mungkin Menyukai, kemudian ketik
pada lagu.Pada peranti Android: Ketik
(atau leret ke Pustaka), ketik Senarai Main Untuk Anda, kemudian ketik
pada senarai main. Secara alternatif, anda boleh mengetik lagu, skrol ke bawah ke Anda Juga Mungkin Menyukai, kemudian ketik
pada lagu.