Kenal pasti lagu menggunakan Shazam pada HomePod atau HomePod mini
Pada HomePod dan HomePod mini, Siri boleh mengenal pasti lagu yang dimainkan pada peranti berdekatan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Sebut “Hai Siri, Shazam lagu ini”.
Sentuh dan tahan bahagian atas HomePod, kemudian sebut “Shazam lagu ini”.
Nota: Lagu yang dikenal pasti menggunakan Siri pada HomePod atau HomePod mini tidak disimpan pada app Shazam.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada semua peranti Apple anda.