Ubah suai seting app Shazam pada iPhone atau iPad
Gunakan seting app Shazam untuk menyelaraskan lagu dikenal pasti anda dengan Apple Music atau Spotify, menukar keutamaan app dan mengakses sokongan.
Dalam app Shazam pada iPhone atau iPad, ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Ketik , kemudian laraskan mana-mana yang berikut:
Segerakkan Shazam kepada Apple Music: Mencipta senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Apple Music. Lagu yang sedia ada dan baru dikenal pasti ditambah ke senarai main secara automatik.
Spotify Connect: Membenarkan anda membuka lagu anda yang dikenal pasti dalam Spotify.
Nota: Untuk menggunakan Spotify dengan Shazam, app Spotify mesti dipasang pada peranti Apple anda dan anda mestilah pelanggan Spotify.
Segerakkan Shazam kepada Spotify: Tersedia apabila disambungkan ke Spotify, mencipta senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Spotify dan menambah lagu yang baru dikenal pasti ke senarai main.
Selaraskan iCloud: Menyandarkan lagu dikenal pasti anda ke iCloud supaya anda boleh mengakses lagu anda pada peranti Apple anda yang lain (apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama).
Pemberitahuan: Membenarkan pemberitahuan daripada Shazam. Anda boleh mengawal pemberitahuan dalam Seting iPhone atau iPad > Pemberitahuan.
Lokasi: Membenarkan Shazam untuk menggunakan lokasi anda. Anda boleh mengawal perkongsian lokasi dalam Seting iPhone atau iPad > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi.
Shazam apabila app bermula: Benarkan Shazam mula mendengar sebaik sahaja anda membuka app.
Petua: Anda boleh mengawal akses app Shazam ke mikrofon peranti anda dalam Seting > Privasi & Keselamatan > Mikrofon atau dalam Seting > Shazam > Mikrofon.
Maklum Balas Haptik: Membenarkan ketikan atau getaran (pada peranti disokong) apabila Shazam mengenal pasti (atau tidak boleh mengenal pasti) lagu.
Auto Main Video: Memainkan pratonton video (jika tersedia) secara automatik dalam skrin trek.
Anda juga boleh menilai app, menghebahkan tentang Shazam di media sosial, mengakses panduan pengguna dan memilih mikrofon yang berbeza dalam seting.