Kenal pasti lagu menggunakan app Pintasan pada peranti Apple
Anda boleh menggunakan app Pintasan pada iPhone, iPad atau Mac untuk menambah pintasan sedia ada atau tersuai app Shazam pada peranti Apple anda. App Pintasan membolehkan anda melaksanakan berbilang tugas merentas berbilang app—contohnya, anda boleh mencipta pintasan yang mengenal pasti lagu, menyiarkan lagu dan karya seninya ke Instagram, kemudian berkongsi lagu bersama rakan muzik kegemaran anda—semuanya hanya dengan satu ketikan, satu klik atau permintaan Siri.
Tambah pintasan pengecaman muzik ke koleksi anda
Untuk menggunakan pintasan bagi mengenal pasti lagu, tambah pintasan terlebih dahulu ke koleksi anda dalam app Pintasan.
Pergi ke app Pintasan
, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:Pada iPhone atau iPad: Ketik Galeri
di bahagian bawah skrin Pintasan Utama.Pada Mac: Klik Galeri
dalam bar sisi.
Cari “Shazam”, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik pintasan, ketik Tambah Pintasan atau Sediakan Pintasan, kemudian ikuti mana-mana arahan atas skrin.
Pada Mac: Klik pintasan, klik Tambah Pintasan, kemudian ikuti mana-mana arahan atas skrin.
Pintasan ditambah pada koleksi anda.
Jalankan pintasan daripada koleksi anda
Selepas anda menambah pintasan ke koleksi anda dalam app Pintasan, anda boleh menjalankan pintasan untuk mengenal pasti lagu hanya dengan satu ketikan, satu klik atau permintaan Siri.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Dalam app Pintasan
, ketik pintasan.Pada Mac: Dalam app Pintasan
, klik
pada pintasan.Sebut “Hai Siri”, kemudian sebut nama pintasan.
Jalankan pintasan dengan mengetik belakang iPhone anda
Selepas anda menambah pintasan ke koleksi anda dalam app Pintasan, anda boleh dwiketik atau ketik tiga kali belakang iPhone untuk menjalankan pintasan dan mengenal pasti lagu.
Pada iPhone, pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Sentuhan > Ketik Belakang.Pilih Dwiketik atau Ketik Tiga Kali, skrol ke bawah ke Pintasan, kemudian ketik pintasan.
Nota: Hanya pintasan yang ditambah ke koleksi anda dalam app Pintasan kelihatan dalam senarai tindakan Ketik Belakang.
Untuk menjalankan pintasan, dwiketik atau ketik tiga kali belakang iPhone anda.
Lihat Panduan Pengguna Pintasan untuk iPhone dan iPad atau Panduan Pengguna Pintasan untuk Mac.