Dengar lagu dikenal pasti anda dalam Spotify, Deezer atau app lain pada peranti Android
Pada peranti Android, anda boleh menambah lagu yang anda kenal pasti secara automatik ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Spotify, atau membuka dan memainkan lagu dikenal pasti anda dalam Deezer, Amazon Music, YouTube atau YouTube Music.
Anda juga boleh mengesetkan aplikasi muzik lalai untuk mendengar lagu dikenal pasti anda, membolehkan anda membuka lagu dalam app pilihan anda dengan cepat.
Nota: Untuk menggunakan Spotify atau app muzik lain dengan Shazam, app mesti dipasang pada peranti anda dan anda mestilah seorang pelanggan.
Selaraskan lagu dikenal pasti anda ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Spotify pada peranti Android
Pergi ke app Shazam
pada peranti Android, kemudian ketik
(atau leret ke Pustaka).Ketik
, pastikan Spotify disetkan sebagai app muzik lalai anda, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka Shazam ke Spotify.Senarai main “Trek Shazam Saya” dicipta dalam Spotify dan lagu dikenal pasti anda ditambah ke senarai main secara automatik.
Walaupun anda tidak boleh menambah lagu dikenal pasti anda ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Apple Music dan Spotify secara serentak, semua lagu anda disimpan dalam Pustaka anda dalam app Shazam dan tersedia pada semua peranti anda (apabila anda mendaftar masuk).
Buka lagu dikenal pasti dalam Spotify, Deezer atau app muzik lain pada peranti Android
Pergi ke app Shazam
pada peranti Android, kemudian ketik
(atau leret ke Pustaka).Untuk melihat semua lagu, ketik Lagu.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik
pada lagu, kemudian ketik pilihan dalam senarai.Ketik lagu, ketik “Buka lagu dalam” dalam skrin trek, ketik app muzik yang tersedia, kemudian ketik Sekali Sahaja atau Sentiasa. (Sentiasa tidak tersedia untuk Apple Music Classical atau YouTube.)
Jika anda mengetik Sentiasa, app muzik yang anda pilih disetkan sebagai lalai dan butang “Buka lagu dalam” digantikan oleh butang app.
Jika anda telah mengesetkan aplikasi muzik lalai (atau menyambungkan Shazam ke Spotify dalam seting app Shazam), ketik butang [nama app muzik] untuk membuka lagu dalam app tersebut.
Setkan aplikasi muzik lalai anda pada peranti Android
Pergi ke app Shazam
pada peranti Android, ketik
(atau leret ke Pustaka), kemudian lakukan salah satu yang berikut:Ketik Lagu, ketik lagu, ketik “Buka lagu dalam” dalam skrin trek, ketik app muzik yang tersedia, kemudian ketik Sentiasa.
Ketik
, ketik “Buka lagu dalam aplikasi muzik lain”, ketik aplikasi muzik yang tersedia, kemudian ketik “Tetapkan lalai”.Apple Music Classical dan YouTube tidak boleh disetkan sebagai lalai.
Butang “Buka lagu dalam” dalam skrin trek digantikan oleh butang untuk app muzik yang anda pilih. Anda boleh menukar aplikasi muzik lalai anda dengan mudah.
Tukar aplikasi muzik lalai anda pada peranti Android
Pergi ke app Shazam
pada peranti Android, ketik
(atau leret ke Pustaka), kemudian lakukan salah satu yang berikut:Ketik Lagu, ketik lagu, ketik dan tahan butang [nama app muzik] dalam skrin trek, ketik app muzik yang tersedia, kemudian ketik Sentiasa.
Ketik
, ketik “Aplikasi muzik lalai”, ketik aplikasi muzik yang tersedia, kemudian ketik “Tetapkan lalai”.