Dengar lagu anda yang dikenal pasti dalam Spotify pada iPhone atau iPad
Anda boleh menyambungkan Shazam ke Spotify untuk membuka dan memainkan lagu anda dalam Spotify dengan cepat. Selepas anda disambungkan, anda boleh menyegerakkan lagu dikenal pasti anda untuk menambahnya ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Spotify secara automatik—tanpa meninggalkan app Shazam.
Nota: Untuk menggunakan Spotify dengan Shazam, app Spotify mesti dipasang pada iPhone atau iPad anda dan anda mestilah pelanggan Spotify.
Sambungkan Shazam ke Spotify
Dalam app Shazam pada iPhone atau iPad, ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Ketik , kemudian ketik Sambung di sebelah Spotify.
Jika lagu anda sedang diselaraskan ke Apple Music, ketik Sambung ke Spotify dalam pemberitahuan yang kelihatan.
Ikuti sebarang arahan atas skrin dalam Spotify.
Pilihan: Dalam seting app Shazam , aktifkan Selaraskan Shazam pada Spotify.
Senarai main “Trek Shazam Saya” dicipta dalam Spotify. Lagu anda yang baru dikenal pasti ditambah ke senarai main secara automatik.
Untuk memutuskan sambungan Shazam daripada Spotify, ketik Putuskan Sambungan dalam seting app Shazam .
Buka lagu yang dikenal pasti dalam Spotify
Selepas anda menyambungkan app Shazam ke Spotify, anda boleh membuka lagu yang dikenal pasti dalam Spotify.
Dalam app Shazam pada iPhone atau iPad, ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik lagu dikenal pasti terbaharu, kemudian ketik Spotify atau Buka dalam skrin trek.
Ketik pada sebarang lagu, kemudian ketik Buka dalam Spotify.
Sentuh dan tahan seni kulit lagu atau nama lagu, kemudian ketik Buka dalam Spotify.
Selepas lagu dibuka dalam app Spotify, anda boleh menambah lagu ke mana-mana senarai main Spotify anda.
Petua: Anda boleh menggunakan Siri untuk memainkan lagu anda yang dikenal pasti dalam Spotify. Sebut “Hai Siri, mainkan trek Shazam saya dalam Spotify”, kemudian ikuti mana-mana arahan atas skrin.
Walaupun anda tidak boleh menyelaraskan lagu dikenal pasti anda ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Apple Music dan Spotify secara serentak, semua lagu anda disimpan dalam Muzik Saya dalam app Shazam dan tersedia pada semua peranti anda (apabila Penyelarasan iCloud diaktifkan dalam seting app Shazam ). Anda boleh menukar keutamaan penyelarasan anda pada bila-bila masa dalam seting app Shazam.