Ubah suai seting app Shazam pada Android
Gunakan seting app Shazam untuk menyimpan lagu dikenal pasti anda, menyelaraskan lagu anda dengan Apple Music atau Spotify, mengenal pasti lagu dalam app lain, menukar keutamaan app dan mengakses sokongan.
Dalam app Shazam pada Android, ketik (atau leret ke Pustaka).
Ketik , kemudian laraskan mana-mana yang berikut:
Simpan Shazam anda: Membolehkan anda melog masuk dengan akaun atau e-mel Google anda untuk menyimpan lagu dikenal pasti anda dalam pustaka app. Seting ini hanya kelihatan apabila anda tidak dilog masuk.
Shazam daripada bar pemberitahuan: Menunjukkan pilihan Ketik untuk Shazam berterusan dalam bar pemberitahuan, membenarkan anda untuk mengenal pasti muzik semasa menggunakan sebarang app.
Shazam daripada Menu Timbul: Membolehkan anda mengenal pasti lagu dalam app lain (seperti TikTok).
Apple Music Connect: Membolehkan anda memainkan lagu penuh dalam app Shazam atau membuka lagu anda yang dikenal pasti dalam Apple Music. Semasa bersambung, lagu yang dikenal pasti sedia ada dan baharu ditambah ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Apple Music secara automatik.
Spotify Connect: Membenarkan anda membuka lagu anda yang dikenal pasti dalam Spotify. Semasa bersambung, lagu yang dikenal pasti yang baharu ditambah ke senarai main “Trek Shazam Saya” dalam Apple Music secara automatik.
Nota: Untuk menggunakan Spotify dengan Shazam, app Spotify mesti dipasang pada peranti Android anda dan anda mestilah pelanggan Spotify.
Tema: Mengeset antara muka app kepada skema warna gelap, cerah, atau lalai sistem.
Auto main video: Memainkan pratonton video (jika tersedia) secara automatik dalam skrin trek.
Shazam Auto: Mengaktifkan Shazam Auto secara automatik apabila app dibuka.
Petua: Anda boleh mengawal akses app Shazam ke mikrofon peranti anda dalam Seting Android > Privasi dan dalam Seting Android > App > Shazam > Keizinan > Mikrofon.
Shazam pada permulaan: Benarkan Shazam mula mendengar sebaik sahaja anda membuka app.
Getaran: Membenarkan getaran (pada peranti disokong) apabila Shazam mengenal pasti (atau tidak boleh mengenal pasti) lagu.
Perihal: Menyediakan pautan kepada maklumat undang-undang dan lesen, serta pintasan untuk menghantar laporan disgnostik dan untuk mengeset pemasangan ID anda (lihat Shazam & Privasi pada tapak web Shazam). Juga memaparkan versi app semasa anda.
Dapatkan Bantuan dengan Shazam: Membuka Panduan Pengguna Shazam pada support.apple.com/en-my.
Urus akaun Apple Music anda: Membuka halaman langganan dalam app Muzik, membenarkan anda untuk memperbaharui (atau membatalkan).