Daftar masuk dengan Apple ID anda

Apple ID ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, iTunes Store dan banyak lagi.

Apabila anda pertama kali memasang Shazam pada iPhone atau iPad anda, lagu dikenal pasti anda disandarkan ke iCloud secara automatik. Lagu anda tersedia pada semua peranti Apple anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.

  1. Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting , kemudian ketik “Daftar masuk ke [peranti] anda”.

    Nota: Jika anda telah mendaftar masuk, anda tidak akan melihat pilihan ini dan anda boleh melangkau tugas ini.

  2. Masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ikuti mana-mana arahan atas skrin.

    Jika anda tidak mempunyai Apple ID, lihat artikel Sokongan Apple Cara mencipta Apple ID baharu. Untuk mendapatkan maklumat tentang mendaftar masuk pada peranti lain, lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.