Sediakan Siri pada Mac

  1. Pada Mac anda, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Siri & Spotlight dalam bar sisi.

  2. Aktifkan Minta Siri (jika ia belum diaktifkan).

    Anda mesti disambungkan ke internet untuk menggunakan Siri.

  3. Aktifkan Dengar “Hai Siri”, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  4. Pilih sebarang seting tambahan Siri, kemudian tutup keutamaan.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Siri pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.