
Setkan kod laluan atau kata laluan unik peranti
Untuk menghalang sesiapa kecuali anda daripada menggunakan peranti anda dan mengakses maklumat anda, setkan kod laluan atau kata laluan unik yang hanya anda ketahui. Jika anda berkongsi peranti, atau jika orang lain mengetahui kod laluan atau kata laluan anda, mereka boleh melihat dan membuat perubahan kepada maklumat pada peranti anda dan Akaun Apple berkaitan. Jika anda merasakan seseorang tahu kod laluan atau kata laluan peranti anda dan anda mahu mengeset kod laluan atau kata laluan yang hanya anda ketahui, anda boleh meresetnya dalam Sistem atau Keutamaan Sistem, bergantung pada peranti (lihat arahan di bawah).

Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.