Gunakan pengesahan dua faktor
Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan untuk Apple ID anda direka untuk memastikan supaya hanya anda yang boleh mengakses akaun anda, walaupun orang lain mengetahui kata laluan anda. Anda boleh menyediakan pengesahan dua faktor pada iPhone, iPad dan Mac anda.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Sediakan pengesahan dua faktor pada iPhone atau iPad anda
Pergi ke Seting > [nama anda] > Kata Laluan & Keselamatan.
Ketik Aktifkan pengesahan dua faktor, kemudian ketik Teruskan.
Masukkan nombor telefon dipercayai, nombor telefon yang anda mahu menerima kod pengesahan untuk pengesahan dua faktor (boleh jadi nombor untuk iPhone anda).
Anda boleh memilih untuk menerima kod menerusi mesej teks atau panggilan telefon diautomasikan.
Ketik Seterusnya.
Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon dipercayai anda.
Untuk menghantar atau menghantar semula kod pengesahan, ketik “Tidak mendapat kod pengesahan?”
Anda tidak akan diminta untuk kod pengesahan lagi pada iPhone anda melainkan anda mendaftar keluar sepenuhnya, memadamkan iPhone anda, mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda dalam pelayar web, atau perlu menukar kata laluan Apple ID anda untuk tujuan keselamatan.
Selepas anda mengaktifkan pengesahan dua faktor, anda mempunyai tempoh dua minggu yang anda boleh menyahaktifkannya. Selepas tempoh tersebut, anda tidak boleh menyahaktifkan pengesahan dua faktor. Untuk menyahaktifkannya, buka e-mel pengesahan pendaftaran anda dan klik pautan untuk kembali ke seting keselamatan anda sebelum ini. Perlu diingati yang menyahaktifkan pengesahan dua faktor menjadikan akaun anda kurang selamat dan bermakna anda tidak boleh menggunakan ciri yang memerlukan aras keselamatan yang lebih tinggi.
Sediakan pengesahan dua faktor pada Mac anda
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan.
Klik Sediakan Pengesahan Dua Faktor, kemudian ketik Teruskan.
Jawab soalan pengesahan, kemudian klik Sahkan.
Masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan, pilih kaedah pengesahan, kemudian klik Teruskan.
Apabila diminta, sahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit yang dihantar ke telefon dipercayai anda. Anda tidak akan diminta untuk kod pengesahan lagi pada Mac anda melainkan anda mendaftar keluar daripada Apple ID sepenuhnya, memadamkan Mac anda, atau memerlukan pertukaran kata laluan anda untuk sebab keselamatan.
Kunci keselamatan untuk Apple ID
Kunci keselamatan ialah peranti luaran kecil yang kelihatan seperti pemacu kilat atau tag dan boleh digunakan untuk pengesahan apabila mendaftar masuk dengan Apple ID anda menggunakan pengesahan dua faktor. Kunci Keselamatan untuk Apple ID ialah ciri keselamatan lanjutan tambahan yang direka bentuk untuk orang yang mahu perlindungan tambahan daripada serangan disasarkan, seperti memancing data atau penipuan pengendalian sosial. Disebabkan anda menggunakan kunci fizikal dan bukannya kod enam digit, kunci keselamatan mengukuhkan proses pengesahan dua faktor dan membantu menghalang faktor pengesahan kedua anda daripada dipintas atau diminta oleh penyerang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kunci keselamatan, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Kunci Keselamatan untuk Apple ID.