Jika anda fikir Akaun Apple anda telah terjejas
Jika anda bimbang bahawa orang yang tidak dibenarkan mungkin mempunyai akses kepada Akaun Apple anda, langkah ini boleh membantu anda mendapatkan semula kawalan ke atas akaun anda.
Tanda-tanda bahawa Akaun Apple anda telah terjejas
Apple memberitahu anda (pemberitahuan atau e-mel) tentang aktiviti akaun yang anda tidak kenali (contohnya, jika Akaun Apple anda telah log masuk pada peranti yang anda tidak kenali atau kata laluan anda telah diubah, tetapi anda tidak membuat perubahan itu).
Anda menerima kod pengesahan dua faktor (sama ada pada peranti yang dipercayai atau melalui mesej teks) yang anda tidak minta.
Anda melihat aktiviti yang luar biasa, seperti mesej yang anda tidak hantar, item dipadamkan yang bukan dipadamkan oleh anda, butiran akaun yang anda tidak ubah atau tidak kenali, peranti dipercayai yang anda tidak tambah atau tidak kenali, atau aktiviti pembelian yang anda tidak kenali.
Kata laluan anda tidak lagi berfungsi.
Peranti anda telah dikunci atau diletakkan dalam Mod Hilang oleh orang lain selain anda.
Ketahui cara mengenali dan mengelakkan skim kejuruteraan sosial, termasuk penipuan pancingan data
Dapatkan kawalan ke atas Akaun Apple anda
Ubah kata laluan Akaun Apple anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh dan unik.
Jika anda tidak dapat mengubah kata laluan Akaun Apple anda kerana kata laluan tersebut telah diubah oleh orang lain, set semula kata laluan anda.
Pergi ke# account.apple.com untuk mengemas kini sebarang maklumat peribadi atau keselamatan yang tidak betul atau yang anda tidak kenali.
Pada account.apple.com, pilih Peranti dan alih keluar sebarang peranti yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda yang anda tidak kenali.
Semak dengan pembekal e-mel dan pembawa selular anda untuk memastikan anda mengawal setiap alamat e-mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Contohnya, semak dengan pembawa selular anda untuk memastikan bahawa pemajuan SMS belum disediakan untuk nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Jika anda tidak dapat set semula kata laluan Akaun Apple anda atau log masuk
Jika anda tidak dapat set semula kata laluan Akaun Apple anda atau log masuk ke account.apple.com, pergi ke iforgot.apple.com untuk memulakan pemulihan akaun dan mendapatkan semula akses selepas tempoh menunggu pemulihan akaun.
Ketahui lebih lanjut tentang pemulihan akaun
Lindungi Akaun Apple anda
Selepas anda mendapatkan semula kawalan ke atas Akaun Apple anda, ikut arahan ini untuk memastikan anda mengawal semua Akaun Apple yang telah log masuk ke peranti anda dan Akaun Apple anda dilindungi.
Ketahui Akaun Apple yang log masuk ke peranti anda
Untuk memastikan bahawa anda log masuk ke Akaun Apple yang anda kawal atau percayai sahaja, semak seting pada setiap peranti anda.
Buka aplikasi Seting pada iPhone, iPad, iPod touch atau Apple Watch anda atau Seting Sistem (atau Keutamaan Sistem) pada Mac anda.
Anda akan melihat nama anda. Ketik nama anda dan sahkan alamat e-mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Pada setiap peranti anda, semak seting untuk perkhidmatan yang anda log masuk dengan Akaun Apple anda (termasuk FaceTime, Mesej, Media & Pembelian, Akaun Internet, Mail dan Kalendar).
Semak iCloud untuk Windows, HomePod anda (menggunakan aplikasi Rumah pada iPhone atau iPad anda) dan Apple TV anda (untuk Foto iCloud atau Perkongsian Rumah).
Pastikan Akaun Apple anda selamat
Jika anda belum berbuat demikian, sediakan pengesahan dua faktor untuk Akaun Apple anda. Ciri keselamatan tambahan ini direka untuk menghalang orang lain daripada mengakses akaun anda, walaupun mereka mengetahui kata laluan anda.
Untuk perlindungan tambahan terhadap serangan yang disasarkan seperti pancingan data, gunakan Kunci Keselamatan untuk Akaun Apple anda.
Anda sepatutnya merupakan satu-satunya orang yang mengetahui kata laluan anda dan boleh log masuk ke Akaun Apple anda.
Jika seseorang yang anda tidak kenali atau tidak percayai boleh log masuk ke Akaun Apple anda, maka akaun anda tidak selamat.
Lindungi peranti anda dengan kod laluan dan untuk perlindungan tambahan terhadap keadaan yang jarang berlaku apabila orang lain mempunyai iPhone anda dan mengetahui kod laluan anda, hidupkan Perlindungan Peranti Dicuri untuk iPhone.
Ketahui cara melindungi peranti anda jika peranti itu hilang
Ketahui cara melindungi peranti anda jika peranti itu dicuri
Ketahui lebih lanjut tentang cara memastikan Akaun Apple anda selamat