Ketahui cara memperoleh bukti yang berkaitan dengan akaun orang lain
Apple komited untuk melindungi keselamatan dan privasi pengguna kami. Jika anda mengalami penderaan, penghendapan atau gangguan yang didayakan teknologi dan mahu meminta bukti yang berkaitan dengan akaun orang lain, anda seharusnya bekerjasama dengan penguat kuasa undang-undang atau mahkamah untuk menghantar permintaan. Dalam mengenal pasti keperluan bukti digital yang berterusan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang, kami mempunyai pasukan profesional yang berdedikasi dalam jabatan undang-undang kami yang mengurus dan membalas semua permintaan undang-undang yang diterima daripada agensi penguatkuasaan undang-undang di serata dunia.
Semua permintaan lain untuk maklumat tentang pelanggan Apple, termasuk pertanyaan pelanggan tentang pendedahan maklumat, patut dimajukan kepada https://www.apple.com/my/privacy/contact/.
Garis panduan Apple untuk permintaan penguatkuasaan undang-undang
Lihat garis panduan berikut bagi permintaan penguatkuasaan undang-undang, untuk di dalam dan di luar Amerika Syarikat:
Di dalam Amerika Syarikat: The Legal Process Guidelines (PDF)
Di luar Amerika Syarikat: The Legal Process Guidelines (PDF)