
Pertimbangan keselamatan
Sebelum membuat perubahan atau memadam maklumat, ingat:
Perubahan yang anda buat ke atas perkongsian atau akses mungkin disedari orang lain. Cari simbol ini
di sepanjang panduan untuk mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan yang anda mungkin mahu pertimbangkan sebelum anda mengambil tindakan.Anda mungkin mahu merakam aktiviti mencurigakan. Lihat juga Peroleh bukti yang berkaitan dengan Akaun Apple lain.
Apabila anda menukar perkongsian perhubungan, anda mungkin kehilangan akses kepada alat dan maklumat yang boleh menjadi penting untuk anda.
App yang dibangunkan oleh syarikat lain (seperti YouTube atau Instagram) mempunyai seting individu sendiri yang Apple tidak boleh kawal. Lihat arah setiap app untuk menyemak, menguruskan atau memeriksa sama ada app itu menghantar pemberitahuan apabila diubah. Lihat Seting app pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut.