
Amaran imej dan video sensitif
Amaran Kandungan Sensitif membantu pengguna dewasa mengelak daripada melihat imej dan video bogel yang tidak diingini apabila menerimanya dalam Mesej, dalam AirDrop, dalam mesej video FaceTime dan dalam app Telefon semasa menerima Poster Kenalan—semuanya menggunakan teknologi melindungi privasi yang sama pada teras Keselamatan Komunikasi. Ciri ini adalah pilihan dan boleh diaktifkan oleh pengguna dalam seting Privasi & Keselamatan.

Sediakan Amaran Kandungan Sensitif pada iPhone, iPad atau Mac
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad anda: Pergi ke Seting
> Privasi & Keselamatan
, kemudian ketik Amaran Kandungan Sensitif.
Pada Mac anda: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan
dalam bar sisi, kemudian klik Amaran Kandungan Sensitif.
Aktifkan Amaran Kandungan Sensitif.
Jika Amaran Kandungan Sensitif menentukan bahawa anda telah menerima foto atau video yang kelihatan mengandungi kebogelan, ia mengaburkan imej, memaparkan amaran bahawa kandungan kelihatan sensitif dan menawarkan cara untuk mendapatkan bantuan.