Cara memadam semua kandungan dan seting
Jika anda risau seseorang mungkin mempunyai akses fizikal kepada peranti anda dan telah mengusik keselamatan terbina dalam peranti, anda boleh memulihkan peranti ke seting kilang—walaupun jika anda tidak menjalankan versi terbaharu iOS, iPadOS dan macOS. Pemulihan kilang memadamkan maklumat dan seting pada peranti anda. Ini termasuk mengeluarkan sebarang app yang dipasang tanpa pengetahuan anda dan mengeset semula seting privasi anda supaya anda tidak berkongsi lokasi dengan sebarang orang atau app. Ia juga memasangkan versi terkini sistem pengendalian.
Proses ini, dikenali sebagai Padam Semua Kandungan dan Seting, memerlukan akses internet dan mungkin memakan masa; walau bagaimanapun, ia membantu memastikan peranti anda hanya boleh diakses oleh anda.
Penting: Apabila anda menggunakan Padam Semua Kandungan dan Seting, semua data anda dipadamkan.
Jika anda mahu menggunakan Padam Semua Kandungan dan Seting pada Mac, anda mestilah menjalankan macOS 12.0.1 atau lebih baharu. Sebagai alternatif, anda boleh memadamkan Mac anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Utiliti Cakera untuk memadamkan Mac dengan Apple silicon dan Gunakan Utiliti Cakera untuk memadamkan Mac berasaskan Intel.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Padamkan iPhone atau iPad anda dan pulihkannya ke seting kilang
Pergi ke Seting > Umum > Reset, kemudian ketik Padam semua Kandungan dan Seting.
Masukkan kod laluan atau kata laluan Apple ID anda.
Tunggu sehingga semua kandungan telah dikeluarkan dengan selamat daripada peranti anda.
Padamkan Mac anda dan pulihkannya ke seting kilang
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum , klik Pindahkan atau Reset, kemudian klik Padam Semua Kandungan dan Seting.
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian dalam bar menu, pilih Keutamaan Sistem > Padam Semua Kandungan dan Seting.
Dalam Pembantu Padam, masukkan maklumat pentadbir anda (kata laluan yang anda gunakan untuk melog masuk ke Mac anda).
Semak item yang akan dikeluarkan selain daripada kandungan dan seting anda.
Pada Mac anda yang menjalankan berbilang akaun pengguna, klik anak panah di sebelah nama akaun anda untuk menyemak item.
Klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.