Kekal selamat dengan AirTag dan aksesori Cari lain
AirTag membenarkan anda untuk menjejak perkara seperti kunci, dompet, beg duit, beg galas, bagasi dan banyak lagi dengan mudah. Jika anda menemui AirTag yang bukan milik anda, anda boleh melihat nombor sirinya, membantu mengembalikannya ke pemiliknya, atau menyahdayakannya. Gunakan AirTag dan rangkaian Cari untuk mengelakkan penjejakan tidak diingini pada iPhone, iPad dan Mac.
Kedua-dua AirTag dan rangkaian Cari direka bentuk dengan privasi sebagai teras. AirTag dan aksesori rangkaian Cari mempunyai pengecam Bluetooth® unik yang berubah secara kerap. Untuk mengelakkan penjejakan yang tidak diingini, Cari memaklumkan kepada anda jika AirTag atau aksesori Cari lain dilihat bergerak dengan anda dari semasa ke semasa dengan menghantar mesej “[AirTag] atau [Item] Dikesan Berdekatan Anda” kepada anda. (Ciri ini tersedia pada iPhone atau iPad yang menjalankan iOS 14.5 atau iPadOS 14.5 atau lebih baharu).
Jika anda melihat mesej di atas pada peranti anda, ia bermaksud yang AirTag atau aksesori Cari lain telah terpisah daripada orang yang mendaftarkannya dan kini bergerak dengan anda. Terdapat kemungkinan yang AirTag mungkin bersambung pada item yang anda pinjam. Terdapat juga kemungkinan yang pemilik mungkin menjejak anda tanpa pengetahuan anda.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Lihat AirTag dan aksesori Rangkaian Cari yang anda baru sahaja dimaklumkan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad anda: Buka app Cari , kemudian ketik Item, kemudian ketik Item Dikesan Dengan Anda.
Pada Mac anda: Buka app Cari , klik Item, kemudian klik Item Dikesan Dengan Anda.
Jika pilihan untuk memainkan bunyi tidak tersedia, item mungkin tidak berada dengan anda lagi, mungkin berdekatan dengan pemilik, atau jika ia berada dengan anda semalaman, pengecamnya mungkin telah berubah. Untuk menyahdayakan AirTag, AirPods, atau aksesori rangkaian Cari dan menghentikannya daripada berkongsi lokasinya, ketik Arahan untuk Menyahdayakan dan ikuti arahan atas skrin. Selepas AirTag, AirPods, atau aksesori rangkaian Cari dinyahdayakan, pemilik tidak lagi boleh mendapatkan kemas kini tentang lokasi semasanya. Anda tidak lagi menerima sebarang isyarat penjejakan tidak diingini untuk item ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Artikel Sokongan Apple Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat isyarat bahawa AirTag, aksesori rangkaian Cari, atau set AirPods berada dengan anda.
Semak AirTag menggunakan peranti Android
Anda boleh menyemak AirTag atau aksesori rangkaian Cari berdekatan menggunakan app Tracker Detect daripada Play Store Google. Tracker Detect mencari penjejak item dalam julat Bluetooth yang terpisah daripada pemiliknya dan serasi dengan rangkaian Cari Apple. Ini termasuk AirTag dan penjejak item serasi yang menggunakan rangkaian Cari. Jika anda merasakan seseorang menggunakan AirTag atau penjejak item lain untuk menjejak lokasi, anda boleh mengimbas untuk cuba mencarinya. Jika app mengesan AirTag atau penjejak item serasi berdekatan anda selama sekurang-kurangnya 10 minit, anda boleh memainkan bunyi untuk membantu mencarinya.
Jika anda dengar AirTag berbunyi
Apabila dialihkan, sebarang AirTag yang terpisah untuk satu tempoh masa daripada orang yang mendaftarkannya, ia berbunyi untuk mengisyaratkan orang yang berdekatan. Jika anda menemui AirTag selepas mendengar AirTag berbunyi, anda boleh menggunakan sebarang peranti yang mempunyai teknologi NFC, seperti iPhone atau telefon Android, untuk melihat jika pemilik menandakannya sebagai hilang dan membantu mengembalikannya. Jika anda merasakan bahawa keselamatan anda berisiko, anda boleh menghubungi penguatkuasa undang-undang tempatan anda yang boleh berurusan dengan Apple. Anda mungkin perlu memberikan AirTag atau nombor sirinya.
Perkongsian item
Perkongsian Item AirTag membolehkan anda berkongsi AirTag dengan orang lain yang mahu meminjam item anda. Peminjam boleh melihat lokasi AirTag dalam Cari, menggunakan Pencarian Tepat untuk mencari AirTag dan memainkan bunyi. Pemilik item boleh berkongsi AirTag dengan sehingga lima orang per item dan semua peminjam boleh melihat lokasi AirTag, tetapi tiada sesiapa dalam kumpulan perkongsian yang boleh melihat peminjam yang mempunyai AirTag.
Apabila orang baharu ditambah ke kumpulan perkongsian, semua peminjam dimaklumkan bahawa seseorang yang baharu telah menyertai. Setiap ahli kumpulan perkongsian boleh melihat Apple ID satu sama lain dalam Cari dan apabila ahli kumpulan lain telah disimpan sebagai Kenalan, mereka boleh melihat sebarang maklumat tambahan yang wujud dalam kad Kenalan orang tersebut, seperti nombor telefon mereka.
Disebabkan semua orang dalam kumpulan perkongsian boleh melihat lokasi AirTag, isyarat penjejakan tidak diingini untuk AirTag tersebut disekat untuk semua ahli kumpulan perkongsian. Apabila seseorang meninggalkan kumpulan perkongsian atau apabila pemilik item mengeluarkan mereka daripada kumpulan, mereka tidak lagi boleh melihat lokasi AirTag dan isyarat penjejakan tidak diingini diteruskan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Kongsi AirTag atau item lain dalam Cari pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Keluarkan diri anda daripada Kumpulan Perkongsian
Jika anda mahu mengeluarkan diri anda daripada kumpulan perkongsian, anda boleh menggunakan Cari atau Semakan Keselamatan. Sila ingat bahawa selepas anda mengeluarkan diri anda sebagai pekongsi, anda tidak boleh melihat lokasi AirTag dan isyarat penjejakan tidak diingini akan diteruskan. Anda mungkin mahu melihat jika AirTag tersebut berdekatan dengan anda sebelum mengeluarkan anda daripada perkongsian.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk mengeluarkan diri anda menggunakan Cari: Buka app Cari , ketik Item, ketik Item, ketik item yang anda mahu keluarkan diri anda, kemudian ketik Keluarkan.
Untuk mengeluarkan diri anda menggunakan Semakan Keselamatan: Pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Semakan Keselamatan, ketik Urus Perkongsian & Akses, ketik Item, kemudian ketik Henti Berkongsi.
Keluarkan orang lain daripada perkongsian
Sebagai pemilik, anda boleh mengeluarkan orang lain daripada kumpulan perkongsian menggunakan Cari atau Semakan Keselamatan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk mengeluarkan diri anda menggunakan Cari: Buka app Cari , ketik Item, ketik nama item, ketik nama pekongsi yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan > Henti Berkongsi.
Untuk mengeluarkan diri anda menggunakan Semakan Keselamatan: Pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Semakan Keselamatan, ketik Urus Perkongsian & Akses, ketik Teruskan, ketik nama orang yang anda mahu berhenti berkongsi > Semak Perkongsian, ketik Item, kemudian ketik Henti Berkongsi.