Padamkan cap jari yang tidak dikenali daripada iPhone atau iPad
Jika terdapat berbilang cap jari pada iPhone atau iPad anda dan anda mahu mengeluarkan kemungkinan yang seseorang boleh mengakses peranti anda menggunakan cap jari tambahan, anda boleh mereset cap jari supaya hanya cap jari anda tersedia pada peranti.
Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan.
Jika terdapat lebih daripada satu jari yang tersedia, letakkan jari pada butang Utama untuk mengecam capnya.
Ketik cap jari, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Masukkan nama (seperti “Ibu Jari”).
Ketik Padam Cap Jari.