Tambah atau keluarkan akaun dalam Nota pada Mac
Jika anda menyimpan nota dalam akaun internet—contohnya, iCloud, Google, Yahoo, atau AOL—anda boleh tambah akaun tersebut ke Nota pada Mac anda. Jika anda mempunyai akaun Apple ID Terurus daripada sekolah atau perniagaan, anda juga mungkin boleh menggunakannya untuk menyimpan nota anda.
Jika anda tidak menyimpan nota dalam akaun internet, anda masih boleh menyimpan nota hanya pada Mac anda
Nota: Sesetengah ciri—seperti senarai semak, pemformatan dan kerjasama—hanya tersedia apabila menggunakan nota iCloud.
Tambah akaun
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan akaun iCloud anda dengan Nota, lihat Sediakan iCloud untuk Nota pada semua peranti anda. Untuk menambah akaun jenis lain, ikuti langkah ini.
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Akaun, kemudian klik Tambah Akaun.
Pilih jenis akaun anda.
Jika anda tidak melihat jenis akaun anda, klik Tambah Akaun Lain, kemudian pilih akaun.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan maklumat akaun anda dan mendaftar masuk.
Jika anda mendaftar masuk menerusi Safari, anda mungkin perlu kembali ke tetingkap seting untuk meneruskan. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian skrol ke bawah dan klik Akaun Internet dalam bar sisi.
Pastikan kotak semak Nota dipilih untuk akaun itu, kemudian klik Selesai.
Setiap akaun yang anda tambah disenaraikan secara berasingan.
Pastikan anda menyediakan iPhone, iPad dan iPod touch anda untuk menggunakan akaun nota yang sama, supaya nota anda kekal terkini merentas semua peranti Apple anda. Lihat “Sediakan dan mulakan” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web Manual Sokongan Apple.
Berhenti menggunakan akaun buat sementara waktu
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Akaun.
Pilih akaun, kemudian nyahaktifkan Nota.
Nota akaun tidak tersedia apabila Nota dinyahaktikan.
Untuk melihat nota daripada akaun lagi, aktifkan Nota.
Keluarkan akaun
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik Padam Akaun.
Apabila anda mengeluarkan akaun, nota akaun dipadamkan dan tidak lagi tersedia pada Mac tersebut. Salinan nota kekal dalam akaun internet anda (contohnya, iCloud.com atau Yahoo) dan sebarang peranti lain yang anda telah sediakan.
Petua: Jika anda menggunakan Handoff, anda boleh bertukar antara Mac anda dan peranti lain semasa menulis, mengubah suai, atau melihat nota. Untuk membuka nota dihantar ke Mac anda, klik ikon Handoff Nota yang muncul dalam Dock.