Lihat nota anda dalam Nota pada Mac
Anda boleh melihat nota daripada semua akaun Nota anda pada bila-bila masa. Secara lalai, nota anda disusun mengikut tarikh, supaya anda boleh melihat nota yang telah anda cipta atau edit dengan cepat semasa tempoh masa yang khusus.
Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Baca nota semalam saya.” Ketahui cara untuk menggunakan Siri.
Buka nota
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Pilih folder di bawah akaun dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi: Pilih Paparan > Tunjukkan Folder.
Jika anda tidak melihat sebarang folder: Dalam bar sisi, tempatkan penuding di atas nama akaun sehingga kelihatan, kemudian klik butang.
Nota dalam folder dipilih kelihatan di sebelah kanan senarai folder. Untuk menukar tertib nota kelihatan, lihat Pilih isihan lalai untuk semua nota.
Klik nota dalam senarai nota, atau dwiklik nota dalam paparan galeri untuk melihat kandungannya.
Nota: Jika anda mendwiklik nota dalam senarai nota, ia dibuka dalam tetingkapnya sendiri.
Jika nota dikunci, masukkan kata laluan anda untuk nota dikunci. (Anda juga boleh menggunakan Touch ID pada Mac atau Magic Keyboard anda.)
Lihat Kunci nota anda.
Petua: Untuk mencari nota khusus dengan cepat, anda juga boleh mencari dalam nota anda.
Lihat bahagian diruntuhkan
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota dengan bahagian boleh diruntuhkan.
Apung ke atas tajuk bahagian, kemudian klik untuk melihat kandungan dalam bahagian.
Untuk meruntuhkan bahagian, klik untuk menyembunyikan kandungan.
Jadikan teks dalam nota lebih besar atau lebih kecil
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar saiz teks dalam setiap nota: Pilih Nota > Seting, kemudian seret gelangsar “Saiz teks lalai”.
Lihat satu nota lebih besar atau lebih kecil: Klik Paparan > Zum Masuk atau Paparan > Zum Keluar.
Lihat maklumat tentang nota
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat tarikh nota dicipta atau terakhir diedit: Klik tarikh di bahagian atas nota.
Anda mesti menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota pada Mac anda untuk melihat tarikh berlainan.
Lihat bilangan nota dalam setiap folder: Lihat ke sebelah kanan folder dalam bar sisi. Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Folder. Jika anda tidak melihat kiraan nota, pilih Paparan > Tunjukkan Kiraan Nota.
Lihat serlahan atau aktiviti dalam nota dikongsi: Lihat Bekerjasama pada nota dikongsi.