Rakam dan transkripsikan audio dalam Nota pada Mac
Rakam dan transkripsikan audio terus daripada nota anda, serta simpan rakaman dalam isi nota anda dengan komen, senarai semak dan dokumen berkaitan. Anda juga boleh mengedit nota anda semasa merakam, jadi anda sentiasa dapat mencatat sesuatu yang penting.
Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Rakam audio
Anda boleh merakamkan audio, menjeda dan meneruskan rakaman, semua daripada dalam nota anda.
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota, atau klik untuk mencipta nota baharu.
Klik dalam bar alat.
Apabila anda sedia merakam, klik dalam bahagian butiran audio.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jedakan rakaman: Klik untuk menjedakan rakaman anda buat sementara.
Teruskan rakaman: Klik untuk meneruskan rakaman.
Apabila anda selesai merakam, klik .
Secara pilihan, klik tajuk huruf tebal dan taipkan nama untuk rakaman anda, kemudian tekan Return.
Klik Selesai.
Perubahan disimpan secara automatik semasa anda bekerja.
Mainkan rakaman audio
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota dengan rakaman audio.
Klik pada rakaman audio dalam isi nota.
Dengan rakaman audio dimainkan, lakukan mana-mana yang berikut:
Jeda dan teruskan: Klik untuk menjeda. Klik untuk meneruskan main.
Langkau ke belakang atau ke depan: Klik untuk pergi balik atau untuk maju ke depan (dalam tokokan 15 saat).
Buat perubahan kepada rakaman audio
Selepas anda membuat rakaman, anda boleh membuat perubahan—seperti menambah ke hujung rakaman atau menukar tajuk.
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota dengan rakaman audio yang anda mahu ubah.
Dwiklik rakaman audio untuk membuka bahagian butiran audio.
Lakukan satu daripada berikut:
Tambah ke rakaman: Pergi ke hujung rakaman, kemudian tekan .
Tukar tajuk rakaman: Klik , kemudian klik Nama Semula. Taipkan nama baharu, kemudian tekan Return.
Apabila anda selesai melakukan perubahan, klik Selesai.
Perubahan disimpan secara automatik ke nota anda.
Transkripsikan audio
Anda boleh mencari menerusi transkripsi audio langsung, atau gabungkan dengan komen, senarai semak atau dokumen lain.
Nota: Transkripsi audio tersedia apabila bahasa peranti disetkan kepada Inggeris (disetempatkan untuk Australia, Kanada, New Zealand, Africa Selatan, UK dan Amerika Syarikat) pada komputer Mac dengan M1 atau lebih baharu.
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota dengan rakaman audio.
Dwiklik rakaman audio untuk membuka bahagian butiran audio, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat transkrip: Klik .
Cari dalam transkrip: Klik , kemudian klik “Cari dalam Transkrip”.
Salin transkrip: Klik , kemudian klik Salin Transkrip. Untuk menampal transkrip dalam nota anda, klik dalam isi nota, kemudian tekan Command-V.
Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, anda juga boleh menggunakan Apple Intelligence untuk meringkaskan rakaman audio. Lihat Ringkaskan rakaman audio.
Simpan, kongsi atau padamkan rakaman audio
Simpan rakaman audio ke folder Dokumen anda, atau kongsinya dengan orang lain.
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota dengan rakaman audio.
Dwiklik rakaman audio untuk membuka bahagian butiran audio, klik , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Kongsi rakaman audio: Klik Kongsi Audio, kemudian pilih pilihan.
Simpan rakaman audio: Klik Simpan Lampiran, pilih lokasi yang anda mahu rakaman disimpan, masukkan tajuk (jika belum), kemudian klik Simpan.
Padam rakaman audio: Klik Padam.