Bermula dengan Nota
Catat fikiran dengan cepat, atau ambil nota yang lebih panjang dan terperinci. Ketahui perkara yang diperlukan untuk bermula dengan Nota pada Mac.
Tambah lukisan
Lakar idea terus dalam nota anda pada Mac. Buka palet Penanda untuk melukis secara bebas, tambah bentuk dan garisan atau lepaskan kotak teks di mana-mana sahaja pada halaman.
Rakam dan transkripsikan audio
Rakam sesi audio terus dalam nota anda dan jana transkrip audio langsung. Transkrip boleh dicari, jadi anda boleh mencari detik yang anda mahukan.
Kira nombor, nilaikan ungkapan dan banyak lagi
Kira jawapan untuk aritmetik asas dan ungkapan rumit, serta bekerja juga dengan pemboleh ubah—terus daripada Nota. Sebaik sahaja anda menaip tanda sama dengan, Nota menyelesaikan ungkapan sebaris.
Kod warnakan dunia anda
Dengan ciri gaya serlahan, tandakan nota anda dengan cepat dan jadikan teks menonjol.
Gambar bernilai seribu perkataan
Seret dan lepaskan gambar, video, PDF dan fail lain ke dalam nota anda. Anda juga boleh menambah kandungan ke nota terus daripada Safari, Peta dan banyak app lain.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Nota, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.