Gunakan tag dalam Nota pada Mac
Anda boleh menggunakan tag untuk mengkategori nota anda.
Tambah tag ke nota
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota, atau klik untuk mencipta nota baharu.
Taipkan tanda nombor (#), kemudian taipkan perkataan—contohnya, #mesyuarat atau #penting—atau pilih daripada senarai tag yang dicadangkan.
Nota: Tag yang dicadangkan kelihatan jika anda telah menambah tag dalam Nota atau Peringatan.
Anda boleh menaip tag di mana-mana dalam nota. Tag mestilah perkataan tunggal, tetapi anda boleh menggunakan sempang dan garis bawah (sebagai contoh, #minit-mesyuarat atau #dokumen_penting).
Klik OK.
Tag yang anda tambah kelihatan dalam bahagian Tag di bahagian bawah bar sisi.
Jika anda menambah tag ke nota dikongsi, ia kelihatan sebagai teks dimalapkan untuk peserta lain yang tidak mempunyai tag. Mereka boleh Control-klik tag, kemudian pilih Tambah ke Tag.
Cari mengikut tag
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Klik tag atau berbilang tag, dalam bahagian Tag di bahagian bawah bar sisi.
Jika anda mahu mengeluarkan tag daripada carian anda, nyahpilih tag dengan mengkliknya untuk kali kedua. Menyahpilih tag mengecualikan nota yang menyertakan tag tersebut daripada hasil.
Jika anda memilih berbilang tag, klik menu timbul bersebelahan Tag dan pilih Semua Dipilih atau Sebarang Dipilih.
Namakan semula tag
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Control-klik tag dalam bar sisi, kemudian pilih Namakan Semula Tag.
Klik Namakan Semula untuk mengesahkan. Tag dikemas kini dalam semua nota dan Folder Pintar yang menggunakannya.
Petua: Anda boleh menamakan semula tag kepada nama yang sudah berada dalam Tag anda. Ini mungkin berguna jika anda mahu mengumpulkan nota yang mempunyai tag serupa, seperti #rumah dan #kediaman.
Jika anda menamakan semula tag dalam nota dikongsi, ia kelihatan sebagai teks dimalapkan untuk peserta lain yang tidak mempunyai tag. Mereka boleh Control-klik tag, kemudian pilih Tambah ke Tag.
Keluarkan tag
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Padam tag: Control-klik tag dalam bahagian Tag pada bar sisi, pilih Padam Tag, kemudian klik Padam untuk mengesahkan.
Nota: Jika anda mempunyai Folder pintar yang hanya mengandungi tag yang anda mahu padam, anda ditanya jika anda mahu memadamkan Folder Pintar.
Padam berbilang tag: Dalam bahagian Tag pada bar sisi, pilih tag yang anda mahu padamkan. Control-klik tag dipilih, pilih Padam Tag, kemudian klik Padam untuk mengesahkan.
Tag dipadamkan daripada semua nota dan Folder Pintar yang menggunakannya.
Tukar tag kepada teks biasa: Control-klik tag dalam nota, kemudian pilih Tukar kepada Teks.
Nota: Jika anda menukar tag kepada teks dalam nota dikongsi, ia menjadi teks biasa untuk semua peserta.
Jika anda mengeluarkan tag daripada semua nota yang menggunakannya, ia dikeluarkan daripada Tag anda.