Gunakan tag dalam Nota pada Mac
Anda boleh menggunakan tag untuk mengkategori nota anda.
Tambah tag ke nota
Dalam app Nota pada Mac anda, buka nota atau cipta nota baharu.
Taipkan tanda nombor (#), kemudian taipkan perkataan—contohnya, #mesyuarat atau #penting—atau pilih daripada senarai tag yang dicadangkan. (Tag yang dicadangkan kelihatan jika anda telah menambah tag dalam Nota atau Peringatan.)
Anda boleh menaip tag di mana-mana dalam nota. Tag mestilah perkataan tunggal, tetapi anda boleh menggunakan sempang dan garis bawah (sebagai contoh, #minit-mesyuarat atau #dokumen_penting).
Klik OK.
Tag yang anda tambah kelihatan dalam Pelayar Tag di bahagian bawah bar sisi.
Jika anda menambah tag ke nota dikongsi, ia kelihatan sebagai teks dimalapkan untuk peserta lain yang tidak mempunyai tag tersebut dalam Pelayar Tag mereka. Mereka boleh Control-klik tag, kemudian pilih Tambah ke Tag.
Cari mengikut tag
Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Untuk melihat senarai nota yang mengandungi tag, klik tag dalam Pelayar Tag di bahagian bawah bar sisi. Klik tag kali kedua untuk mengecualikan nota yang menyertakan tag tersebut daripada hasil.
Untuk melihat senarai nota yang mengandungi berbilang tag, klik semua tag ini dalam bar sisi. Pilih sama ada untuk menunjukkan nota yang mengandungi semua tag dipilih atau nota yang mengandungi sebarang tag dipilih di bahagian atas Pelayar Tag.
Namakan semula tag
Dalam app Nota pada Mac anda, Control-klik tag.
Pilih Namakan Semula Tag, kemudian klik Namakan Semula untuk mengesahkan. Tag dikemas kini dalam semua nota dan Folder Pintar yang menggunakannya.
Petua: Anda boleh menamakan semula tag kepada nama yang sudah berada dalam Pelayar Tag anda. Ini mungkin berguna jika anda mahu mengumpulkan nota yang mempunyai tag serupa, seperti #rumah dan #kediaman.
Jika anda menamakan semula tag dalam nota dikongsi, ia kelihatan sebagai teks dimalapkan untuk peserta lain yang tidak mempunyai tag tersebut dalam Pelayar Tag mereka. Mereka boleh Control-klik tag, kemudian pilih Tambah ke Tag.
Keluarkan tag
Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Padam tag: Control-klik tag dalam Pelayar Tag, pilih Padam Tag, kemudian klik Padam untuk mengesahkan.
Tag dipadamkan daripada semua nota dan Folder Pintar yang menggunakannya.
Nota: Jika anda mempunyai Folder pintar yang hanya mengandungi tag yang anda mahu padam, anda ditanya jika anda mahu memadamkan Folder Pintar.
Padam berbilang tag: Dalam Pelayar Tag, pilih tag yang anda mahu padamkan. Control-klik tag dipilih, pilih Padam Tag, kemudian klik Padam untuk mengesahkan.
Tag dipadamkan daripada semua nota dan Folder Pintar yang menggunakannya.
Tukar tag kepada teks biasa: Control-klik tag dalam nota, kemudian pilih Tukar kepada Teks.
Nota: Jika anda menukar tag kepada teks dalam nota dikongsi, ia menjadi teks biasa untuk semua peserta.
Jika anda mengeluarkan tag daripada semua nota yang menggunakannya, ia dikeluarkan daripada Pelayar Tag anda.