Urus pemberitahuan daripada Nota pada Mac
Dalam Nota pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima tentang aktiviti pada nota dikongsi atau terus nyahaktifkannya.
Urus pemberitahuan untuk nota dikongsi
Untuk memilih sama ada anda menerima pemberitahuan aktiviti untuk nota dikongsi, lakukan satu daripada berikut:
Untuk berhenti menerima pemberitahuan aktiviti bagi nota dikongsi khusus: Control-klik nota dikongsi, pilih Urus Nota Dikongsi, kemudian pilih “Sembunyikan isyarat”.
Untuk berhenti menerima pemberitahuan aktiviti bagi semua nota dikongsi: Pilih Nota > Seting, kemudian nyahpilih “Benarkan pemberitahuan sebutan”.
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Nota
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Nota dalam senarai di sebelah kanan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Berhenti menerima pemberitahuan daripada Nota: Nyahaktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk diterima atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik di bahagian kanan bawah.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Nota apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.