Lihat lampiran dalam Nota pada Mac
Selepas anda menambahkan lampiran ke nota, anda boleh melihatnya pada Mac anda dalam app Nota atau dalam app lalainya. Anda juga boleh menukar cara lampiran kelihatan dalam nota anda.
Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Lihat lampiran daripada semua nota anda
Dengan nota iCloud atau nota yang disimpan pada Mac, anda boleh melihat lampiran daripada semua nota anda dalam tetingkap tunggal menggunakan Pelayar Lampiran, menjadikannya mudah untuk mencari nota yang anda mahukan dengan cepat.
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Pilih Paparan > Tunjukkan Pelayar Lampiran.
Petua: Anda boleh menambahkan butang Pelayar Lampiran ke bar alat untuk akses cepat. Lihat Sesuaikan bar alat.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat lampiran: Klik butang kategori (seperti Foto & Video, Imbasan atau Peta) untuk melihat jenis lampiran yang berbeza. Untuk kembali ke senarai nota, pilih Paparan > Sembunyikan Pelayar Lampiran.
Nota: Paparan ini tidak menunjukkan lampiran dalam nota dikunci, walaupun jika anda telah memasukkan kata laluan untuk membuka kunci nota anda. Ia juga tidak menunjukkan lukisan.
Pratonton lampiran: Pilih lampiran dan tekan bar Space.
Lihat nota yang mempunyai lampiran: Control-klik lampiran, kemudian pilih Tunjukkan dalam Nota (atau gunakan Touch Bar).
Simpan lampiran: Control-klik lampiran, kemudian pilih Simpan Lampiran.
Anda tidak boleh menggunakan kaedah ini untuk menyimpan sesetengah lampiran, seperti peta dan pratonton halaman web.
Namakan semula lampiran: Control-klik lampiran, pilih Namakan Semula Lampiran, kemudian taipkan nama baharu.
Kongsi lampiran dengan aplikasi lain: Control-klik lampiran, pilih Kongsi, kemudian pilih app.
Lihat lampiran dalam nota
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota yang mengandungi lampiran, seperti foto, peta atau PDF.
Anda juga boleh mencari lampiran dengan nama, atau untuk kandungan dalam lampiran.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pratonton peta atau imej: Tahan penuding ke atas lampiran, kemudian tekan bar Space.
Tukar saiz semua lampiran yang kelihatan: Pilih Paparan > Paparan Lampiran, kemudian pilih Setkan Semua kepada Kecil atau Setkan Semua kepada Besar.
Tukar saiz lampiran yang kelihatan: Control-klik lampiran, klik Lihat Sebagai, kemudian pilih saiz.
Nota: Anda tidak boleh menukar saiz lukisan kelihatan dalam nota, tetapi mensaiz semula tetingkap Nota boleh menjadikannya lebih besar atau lebih kecil.
Lihat PDF atau dokumen diimbas
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota yang mengandungi PDF atau dokumen diimbas.
Anda juga boleh mencari lampiran dengan nama, atau untuk kandungan dalam lampiran.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pratonton PDF atau dokumen diimbas: Klik bersebelahan nama dokumen, kemudian pilih Lihat Cepat Lampiran.
Buka PDF atau dokumen diimbas: Klik bersebelahan tajuk dokumen, kemudian pilih Buka Lampiran. Ia dibuka dalam Pratonton (atau editor PDF lalai anda).
Tukar saiz PDF atau dokumen diimbas kelihatan: Klik , pilih Lihat Sebagai, kemudian pilih saiz.
Petua: Semasa melihat dokumen atau PDF yang diimbas pada saiz yang sederhana atau besar, anda boleh meleret ke kanan atau kiri untuk pergi ke halaman seterusnya atau sebelumnya. Untuk melompat ke halaman khusus, klik Tunjukkan Imej Kecil, kemudian klik halaman yang anda mahu lihat. Anda juga boleh menyeret imej kecil untuk menyusun semula halaman.
Buka lampiran dalam app lalainya
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota yang mengandungi lampiran, seperti foto, peta atau fail audio. Atau cari lampiran dalam Pelayar Lampiran.
Dwiklik lampiran itu.
Lampiran kelihatan dalam app lalainya.