Tandakan lampiran dalam nota anda pada Mac
Apabila anda menambah PDF, dokumen diimbas atau imej pada nota, anda boleh menggunakan Penanda untuk menulis atau melukis pada lampiran, memutar atau memangkasnya, atau menambah bentuk atau tandatangan.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Buka nota dengan lampiran yang anda mahu tandakan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk PDF atau dokumen diimbas: Klik
di sebelah tajuk dokumen, kemudian pilih Penanda.
Untuk imej: Klik
, kemudian pilih Penanda.
Jika anda tidak melihat menu timbul, anda mungkin perlu mengaktifkan Penanda. Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Umum, kemudian klik Item Log Masuk & Sambungan. Dalam Ikut Kategori, klik
di sebelah Tindakan, kemudian aktifkan Penanda.
Gunakan alat untuk tandakan lampiran (atau gunakan Touch Bar).
Jika anda menggunakan trackpad, anda boleh mencubit untuk zum masuk atau keluar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Penanda, lihat Tandakan fail.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.