Import, eksport dan cetak nota pada Mac
Anda boleh mengimport fail teks ke dalam Nota, mengeksport nota sebagai fail PDF atau Markdown, atau menyalin nota sebagai Markdown. Anda juga boleh mencetak nota anda.
Petua: Jika anda menyimpan nota dalam akaun internet—contohnya, iCloud, Google, Yahoo, atau AOL—anda boleh tambah akaun tersebut ke Nota pada Mac anda untuk mengakses semua nota anda pada satu tempat tanpa mengimport setiap nota satu demi satu. Lihat Tambah atau keluarkan akaun dalam Nota.
Import fail teks ke dalam Nota
Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota disimpan pada Mac anda, anda boleh import fail teks ke dalam Nota sebagai nota individu. Anda boleh mengimport fail dalam format Markdown, TXT, RTF, RTFD, HTML, atau Evernote XML Export (ENEX).
Jika anda mempunyai macOS 13 atau lebih baharu, anda juga boleh mengimport tag daripada fail Evernote (ENEX).
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Dalam bar sisi, klik folder dalam iCloud atau akaun Pada Mac Saya yang anda mahu import fail kepadanya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih Fail > Import ke Nota.
Pilih Fail > Import Markdown.
Pilih satu atau lebih fail, atau pilih folder untuk import semua fail teks di dalamnya.
Jika anda pilih folder, klik “Kekalkan struktur folder pada import” untuk mengekalkan nota diimport disusun seperti dalam folder. (Jika anda tidak melihat pilihan ini, klik Pilihan.)
Klik Import.
Nota baharu anda (dan folder, jika ada yang anda import) muncul dalam folder Nota Diimport. Anda kini boleh alih atau namakan semula nota dan folder seperti biasa. Lihat Perihal akaun dan folder.
Petua: Anda juga boleh mengeksport semua nota anda daripada app Nota Lekat ke dalam Nota. Ia muncul dalam folder Nota Diimport, dengan subfolder untuk setiap warna nota. Lihat Panduan Pengguna Nota Lekat.
Eksport nota sebagai PDF atau fail Markdown
Anda boleh mengeksport nota sebagai fail PDF atau Markdown.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Klik nota yang anda mahu eksport, pilih Fail > Eksport Ke, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh menaip nama baharu dan menambah tag yang anda boleh cari dalam Finder.
Klik Simpan.
Salin nota sebagai Markdown
Anda boleh menyalin kandungan daripada nota sebagai Markdown untuk menyepadukan nota anda ke dalam penulisan, kandungan dan aliran kerja lain yang menyokong Markdown.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Dalam isi nota, pilih kandungan yang anda mahu salin.
Pilih Edit > Salin sebagai Markdown.
Petua: Anda juga boleh menampal Markdown ke dalam Nota. Ia kelihatan sebagai pengepala diformatkan, senarai dan banyak lagi.
Cetak nota anda
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Klik nota yang anda mahu cetak, kemudian pilih Fail > Cetak.